Skip to playerSkip to main content
  • 6 weeks ago
Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman berkata, kemajuan teknologi dan keterbukaan maklumat perlu dipandu nilai serta akhlak mulia supaya dimanfaatkan untuk menyebarkan ilmu, memperkukuh hubungan dan membawa manfaat kepada masyarakat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kemajuan teknologi dan keterbukaan maklumat perlu dipandu nilai serta akhlak mulia supaya dimanfaatkan untuk menyebarkan ilmu, memperkuku hubungan dan membawa
00:11manfaat kepada masyarakat.
00:13Yang di-Pertuan Rizabah Tun Musa Aman berkata, perkembangan teknologi yang pesat turut membawa cabaran baru khususnya dari segi komunikasi,
00:22penyebaran maklumat dan pembentukan pandangan masyarakat.
00:29Beliau berkata, teknologi tidak seharusnya disalahgunakan sebagai medan menyebarkan fitnah, kebencian, pengkhinaan atau perkara yang boleh menjejaskan keharmonian.
00:39Sehubungan itu, kemajuan teknologi yang dikecapi hendaklah sentiasa dipandu oleh nilai dan akhlak mulia.
00:45Kemajuan teknologi ini sewajarnya menjadi alat untuk menyebarkan ilmu, memperkuku hubungan dan membawa manfaat kepada masyarakat, bukannya dijadikan medan untuk
00:56menyebarkan fitnah, kebencian, pengkhinaan maupun perkara yang boleh merosakkan keharmonian.
01:02Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena Majlis Sambutan Maulidul Rasul SAW peringkat negeri Sabah bagi tahun 1448 hijrah bersamaan 2026
01:13Masihi di Kota Kinabalu.
01:15Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Jinur.
01:18Tambah Musa, kekuatan sesebuah masyarakat tidak hanya diukur melalui kemajuan fizikal dan kebendaan, sebaliknya turut bergantung kepada ketinggian akhlak, amanah,
01:28keadilan, kasih sayang serta rasa tanggungjawab terhadap sesama insan.
01:33Dalam pada itu, Musa berkata, keharmonian masyarakat perlu bermula daripada institusi keluarga yang menjadi asas kepada pembentukan iman, akhlak dan
01:42nilai murni.
01:45Terima kasih.

Recommended