00:00Menteri Luar Iran, Abbas Araqci, memaklumkan usaha mengembalikan diplomasi dengan Amerika Syarikat adalah tidak mustahil.
00:08Ia susulan perbincangan dengan Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar di Teheran.
00:13Araqci menerusi hantaran DX pada Jumaat berkata beliau telah mengadakan perbincangan kreatif dengan Menteri Luar Qatar, Syekh Mahamad bin Abdul
00:22Rahman.
00:25Jelasnya, diplomasi bergantung pada kefahaman Amerika terhadap satu fakta yang mudah, iaitu tekanan tidak berkesan.
00:33Katanya, Amerika perlu membina kepercayaan, berkomunikasi dengan penuh hormat, mengiktiraf hak-hak Iran dan mematuhi komitmen.
00:41Syekh Mahamad melawat Teheran pada Khamis ketika Doha meneruskan usaha diplomatik bagi meredakan ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat.
00:48Semasa lawatan itu, beliau mengadakan perbincangan dengan Presiden Iran Masud Pizashqin Araqci, Speaker Parlimen Mohamed Pagia Khalibaf dan Setiausaha Majlis
00:58Keselamatan Negara Tertinggi Iran Mohsin Rezaei.
01:02Perbincangan merangkumi usaha mewujudkan suasana bagi menyambung semula dialog serta calangan mengenai koridor navigasi bersama sementara melalui selat hormus dan
01:11usaha pemusnahan periuk api.