00:00Kualiti udara di beberapa kawasan negara semakin merosot dengan bacaan indeks pencemaran udara IPU mencecah tahap berbahaya, sangat tidak sihat
00:09dan tidak sihat.
00:10Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Alam Sekitar JAS Azuri Azizah Saedun berkata, keadaan itu dipengaruhi pergerakan asap jerebu dari beberapa
00:20kawasan yang sedang mengalami aktiviti kebakaran terbuka.
00:25Menurut laporan ASEAN Specialized Meteorological Center ASMC yang berpakalan di Singapura, pada 29 Ogos, imej satelit NOAA-20 mengesan sebanyak
00:361,180 titik panas di Kalimantan, 18 titik panas di Sumatera dan 13 titik panas dalam negara.
00:43Daripada jumlah itu, 2 titik panas dikesan di Perak, 2 di Sabah dan 9 di Sarawak.
00:48ASMC turut melaporkan cuaca kering sedang berlaku di kebanyakan kawasan rantau ASEAN bahagian selatan, kecuali beberapa lokasi di utara Sumatera
00:57dan semenanjung Malaysia yang menerima taburan hujan.
01:00Titik panas yang meluas dikesan di Kalimantan, manakala titik panas terpencil turut dikenalpasti di Sulawesi serta bahagian selatan dan tengah
01:09Sumatera.
01:10Beberapa titik panas juga dikesan di bahagian tengah Sarawak dan bahagian timur Jawa.
01:14Berdasarkan perkembangan ini, JAS menegaskan pihaknya akan terus melaksanakan pemantauan, penguatkuasaan dan tindakan kawal selia secara berterusan
01:23bagi mengawal pencemaran udara serta mengurangkan kesan jerebu terhadap kesihatan awam dan alam sekitar.
01:30Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mendapatkan maklumat kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia KKM.
01:36JAS turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka atau membenarkan premis dan tanah milik mereka digunakan bagi aktiviti
01:45yang boleh menyebabkan kebakaran.
01:48Akta Kualiti Alam Sekeliling Kurungan Pindaan 2024 memperuntukkan denda minimum RM25,000 dan maksimum RM1 juta atau penjara sehingga 5
01:57tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berkaitan pembakaran terbuka.
02:02Orang ramai juga diminta segera melaporkan sebarang kejadian pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia
02:09menerusi talian 999 atau JAS melalui talian bebas tol 1-800-882727.
02:18Terima kasih telah menonton!
02:19Terima kasih kerana menonton!
Comments