00:00Menteri Hal Ewal Agama Zul Kifi Hassan mengecam tindakan seorang individu
00:05yang menyertai pertandingan Ratu Cantik Transgender di Bangkok, Thailand baru-baru ini.
00:10Beliau berkata tindakan itu bukan sahaja mencemarkan imej negara,
00:14malah bertentangan dengan ajaran Islam, norma budaya tempatan
00:18serta nilai kesopanan rakyat Malaysia.
00:20Menurut Zul Kifi, acara berkenaan tidak mendapat sokongan,
00:24kebenaran atau pengiktirafan daripada pihak berkuasa agama
00:28maupun kerajaan Malaysia.
00:30Sambil menegaskan perbuatan menyerupai jantina berlawanan
00:33serta mempromosikan gaya hidup transgender adalah haram dan dilarang
00:37di bawah Undang-Undang Syariah Negeri.
00:40Terdahulu, tular rakaman seorang peserta dipercayai transgender wanita
00:44yang membawa nama Malaysia sehingga menimbulkan dakwaan acara berkenaan
00:48berlangsung di Pulau Pinang.
00:50Mufti Pulau Pinang Muhammad Suki Othman bagaimanapun menafikan dakwaan itu
00:54dan menjelaskan acara tersebut diadakan di Bangkok.
00:57Sementara itu, Zul Kifi berkata pihak berkuasa agama akan bekerjasama
01:02dengan agensi berkaitan untuk meneliti tindakan berkenaan
01:06berdasarkan perundangan yang sedia ada.
Comments