00:00Seorang pesara tentera bergelar datuk didakwa di Mahkamah Magistrat Air Keroh pada Jumaat
00:06atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang kedi golf
00:11dengan niat mencabul kehormatannya bulan lalu.
00:15Tertuduh Yahya Hashim, 68 tahun, mengaku tidak bersalah
00:19selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat Osman Abdul Ghani.
00:24Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah
00:29terhadap seorang mangsa berusia 20 tahun dengan niat mencabul kehormatannya.
00:35Perbuatan itu didakwa dilakukan antara jam 8.30 pagi hingga 12.30 tenahari
00:41pada 25 Ogos 2026 di sebuah padang golf di Jalan Gapam, Bukit Katil, Melaka.
00:49Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan
00:53yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun
00:57atau denda, atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan
01:02jika sabit kesalahan.
01:04Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa yang bertugas sebagai kedi golf
01:08ditugaskan memberikan perkhidmatan kepada tertuduh
01:12bersama seorang lagi individu yang tidak dikenali.
01:15Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya
01:18Shawki Mardia Baharudin yang mencadangkan jaminan RM5,000
01:22beserta syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa.
01:27Peguam Melvin Tai mewakili tertuduh yang mempunyai
01:30masalah kesihatan prostat memohon kadar itu dikurangkan
01:34dan memberi jaminan anak guamnya tidak akan melarikan diri
01:38memandangkan menetap di Melaka.
01:40Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500
01:44dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 September depan
01:49sebagai tarikh sebutan semula kes.