Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
MAHA 2026 merekodkan 17 pertukaran Memorandum Persefahaman bernilai RM3.27 bilion pada hari kelapan penganjurannya, menjadikan nilai keseluruhan pelaburan yang dimeterai mencecah RM9.3 bilion dan mengatasi sasaran awal RM8 bilion.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Maha 2026 terus mencatat momentum positif apabila merekodkan 17 pertukaran Memorandum Persefahaman MOU
00:08bernilai 3.27 bilion ringgit pada hari ke-8 penganjurannya.
00:14Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Muhammad Sabu berkata
00:17pencapaian tersebut membuktikan keyakinan pelabur tempatan dan antarabangsa terhadap potensi sektor agro-makanan negara.
00:28Nilai jualan sudah mencapai 16.3 juta.
00:35Nilai MOU mengatasi target.
00:39Kita target 8 bilion tapi sehingga hari ini kita telah capai 9.3 bilion.
00:50dan masih lagi dikunjungi termasuklah pembesar-pembesar negara, raja-raja dan sultan, TYT, menteri-menteri besar terus datang
01:05dan kita masih mengeluh-geluhkan kehadiran orang ramai terutama di dua hari terakhir.
01:14Antara kerjasama terbesar yang dimeterai melibatkan pertubuhan peladang kebangsaan atau nafas bersama Guizhou Phosphate Chemical Group
01:21dan Jiangsu Chemical Design Institute Company Limited bernilai 1.5 bilion ringgit.
01:27Kerjasama itu memfokuskan pembangunan industri baja bersepadu meliputi pemprosesan bahan mentah, pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti tempatan.
01:36Dalam perkembangan yang sama, Muhammad berkata Maha 2026 turut menyaksikan peningkatan penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian modern berasaskan teknologi.
01:46Tadi kita lihat anak-anak muda yang begitu bersemangat berjaya dalam hal penglibatan mereka dalam pertanian
01:56dan menggunakan teknologi baru yang mengkagumkan dan mereka bersungguh-sungguh nampak semangat semua kaum sekarang ini
02:09menyertai bidang pertanian dalam bentuk pemodenan ini.
02:13Nah inilah kita bagi anugerah tadi, bukan anugerah itu nilai wang itu, tapi nak beri penghargaan kepada mereka yang terlibat
02:23secara bersungguh-sungguh anak-anak muda
02:25mereka terjun sepenuh masa sebagai kerjaya dalam bidang pertanian ini.
02:32Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Pertukaran Memerandum Persefahaman di Maha 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia atau
02:40MAEPS pada Jumaat.
02:41Sehingga hari ketujuh penganjuran, Maha 2026 mencatatkan kehadiran 2.77 juta pengunjung dengan lebih 555 ribu kenderaan memasuki kawasan pameran.
02:53Nilai jualan keseluruhan pula direkodkan mencecah 16.3 juta ringgit dengan jumlah pengunjung dijangka terus meningkat menjelang hari-hari akhir
03:02penganjuran.
03:02Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended