Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Seorang pelajar terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas kehilangan ibu akibat kanser otak dua minggu lalu, manakala bapanya meninggal dunia akibat COVID-19 lima tahun lalu.
Transcript
00:00Bagi kita beralih ke segmen Suara Rakyat, seorang pelajar terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas kehilangan ibu akibat kanser
00:09otak dua minggu lalu, manakala bapanya meninggal dunia akibat COVID-19 lima tahun lalu.
00:15Di sebalik kegembiraan untuk melangkah ke Universiti Sains Malaysia, USM di Pulau Pinang, hati Muhammad Adam Iskandar Azharun Naim, 20
00:25tahun usianya, tetap sedih memikirkan nasib tiga adiknya yang terpaksa berdikari selepas mereka hilang tempat bergantung.
00:35Lebih memilukan adik keduanya Nur Alia Syafiyah, 19 tahun, kini berada di Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan susulan selepas terdapat
00:44ketulan pada bahagian perut serta tanda pada tubuh yang dikuatiri mempunyai kaitan dengan penyakit genetik.
00:51Adam berkata ibunya yang menghidap penyakit genetik neurofibromatosis meninggal dunia pada 24 Ogos lalu akibat kanser otak tahap empat atau
01:01glioblastoma.
01:02Katanya bapanya pula meninggal dunia pada 2021 akibat Covid-19 ketika berusia 37 tahun menyebabkan dia kini perlu memikirkan masa
01:13depan tiga adiknya iaitu Alia Nur Anisya Syafiyah, 17 tahun dan Muhammad Ashraf Iskandar, 16 tahun yang juga merupakan orang
01:23kurang upaya OKU.
01:25Masalah adik saya, Alia itu dia perlu bekerja daripada pukul 4 sampai 12. So bila balik rumah, Alia memang akan
01:34drain lah.
01:35So dia memang tak mampu nak buat aktiviti haram. Jadi saya lah yang pulang sekolah, masuk pun semua. Kadang-kadang
01:40adik-adik saya pun Alhamdulillah mereka sangat berdikari dan tak membebankan lah.
01:45Mereka pun nampu menguruskan diri dan sebagainya semuanya untuk urusan pembelian barang, harian pun semua.
01:51Adam yang ditemui di rumah keluarganya di Kampung Terap berkata,
01:55Alia sebelum ini terpaksa bekerja di sebuah kedai makan berhampiran rumah dari jam 4 petang hingga 12.30 malam.
02:02Dengan pendapatan kira-kira RM40 sehari bagi membantu menampung keperluan keluarga.
02:08Bagaimanapun katanya, Alia terpaksa berhenti bekerja selepas mengalami masalah kesihatan
02:13dan kini memerlukan pemeriksaan berkala di Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan serta rawatan susulan.
02:22Adam berkata, keluarga mereka sebelum ini bergantung kepada pencin bulanan, pertubuhan keselamatan sosial, perkeso, arwah bapanya.
02:30Sebanyak kira-kira RM1,000 serta bantuan zakat RM900 sebulan.
02:35Bagaimanapun, kedua-dua bantuan itu perlu melalui proses pertukaran nama dan permohonan semula selepas kematian ibunya.
02:44Menurutnya, selepas SPM, dia menerima tawaran ke program asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM
02:51namun memilih untuk tidak meneruskannya kerana keadaan kesihatan ibunya ketika itu.
02:58Saya dah tak mampu tengok cara lain untuk mengubah status sosial keluarga saya ini selain daripada pendidikan.
03:06kerana bagi saya, yang ini sajalah yang mampu sebab untuk berjaya perlu ada ilmu dan saya tak ada ilmu kemahiran
03:14seperti orang lain.
03:15Saya hanya mampu ada akademik saja dan saya percaya yang ini sajalah caranya untuk kami mengubah status sosial keluarga kami.
03:24Sementara itu, Naib Chancellor USM, Prof. Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Muhammad berkata,
03:29pihak universiti akan memastikan Adam tidak terhalang daripada meneruskan pengajian disebabkan masalah kewangan.
03:38Sekim Siswa Sulung ini, pelajar tersebut tidak perlu membayar sebarang yuran selama 4 tahun berada di Universiti Science Malaysia.
03:46Selain daripada itu juga, saya telah berbincang dengan Timbalan Naib Chancellor dan juga dengan Menteri Pendidikan Tiri,
03:53Datuk Dr. Zamri sendiri, Abdul Qadir, di mana selain daripada itu, ada kekangan lain juga untuk pelajar-pelajar ini.
04:00kerana dia masih lagi kena fikirkan tentang yuran lain dan maksud saya macam asrama dan sebagainya.
04:08Dan selepas mendapat nasihat daripada Yang Berhormat Menteri, kita bersetuju juga untuk memberi pelepasan
04:15ataupun kita akan bayar yuran asrama beliau selama mana beliau berada di Universiti Science Malaysia.
Comments

Recommended