00:00Saya akan jawab nanti bantunya.
00:03Tuan Yang Dipertua berkaitan dengan soalan daripada Yang Berhormat Jasin,
00:08Kerajaan Madani melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
00:10sentiasa memberikan perhatian yang sangat serius terhadap isu kelewatan perbicaraan
00:16di Mahkamah Syariah khususnya melibatkan kes tuntutan dan tunggakan nafkah.
00:21Bagi menangani masalah ini, bahagian sokongan keluarga JKSM
00:25telah menguatkuasakan pelbagai mekanisme yang tegas seperti mana yang berikut.
00:30Yang Pertama, penetapan indeks prestasi utama KPI, penyelesaian kes yang ketat
00:35di mana sekurang-kurangnya 75% daripada kes tunggakan nafkah wajib diselesaikan setiap tahun.
00:42Yang Kedua, kerjasama strategik berasaskan pangkalan data bersama agensi
00:47seperti KWSP, Perkeso, LHDN dan JPN bagi mengesan lokasi terkini
00:54status pekerjaan serta maklumat majikan baharu
00:57bagi penghutang penghakiman yang sengaja melarikan diri atau menyembunyikan maklumat.
01:03Kerjasama turut diperkukuh dengan Jabatan Imigresen Malaysia
01:06khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan waran tangkap
01:10serta keperluan pengesanan pihak yang berada di luar negara.
01:14Ketiga, pemantauan berkala dan tindakan pantas dalam tempoh enam bulan
01:18selepas suatu perintah nafkah dikeluarkan
01:21sekiranya berlaku kemungkiran atau tunggakan pembayaran
01:25BSK akan bertindak pantas membantu pihak teraniaya
01:29memfailkan segera kes penguatkuasaan perintah.
01:32Yang keempat, pendidikan kesedaran dan pencegahan pengabayan nafkah
01:37supaya masyarakat memahami bahawa tanggungjawab nafkah ini
01:42iaitu hak isteri dan hak anak
01:44serta implikasi kegagalan mematuhi perintah mahkamah.
01:48Antara pendekatan yang dilaksanakan ialah
01:50menerusi program Ops Nafkah
01:53Waris Peduli Keluarga Sejahtera
01:56yang menggabungkan elemen penguatkuasaan
01:59dengan advokasi dan pendidikan masyarakat.
02:02Untuk maklumat ahli yang berhormat
02:04dalam program ini, masyarakat didedahkan
02:07berkenaan peranan ahli waris
02:09memenuhi kewajipan nafkah
02:11sekiranya bapak atau suami
02:14mengabaikan tanggungjawab mereka.
02:17Kelima, pencegahan awal dan pelindungan hak
02:20dalam institusi keluarga
02:22selaras dengan prinsip
02:23yang bermaksud menutup jalan
02:27yang membawa kepada kemudaratan
02:29JKSM turut mencadangkan mekanisme
02:32semakan rekod pengabayan nafkah
02:34bakal pasangan melalui bahagian sokongan keluarga
02:38manakala bagi yang berhasrat
02:40untuk berpoligami pula
02:41permohonan perlu dibuat kepada
02:43Makam Syariah.
02:44Kelulusan akan diberikan
02:45bergantung kepada beberapa syarat
02:47antaranya kemampuan kewangan
02:49dan tanggungjawab nafkah pemohon
02:51yang akan dinilai bagi memastikan
02:53hak serta kebajikan isteri
02:55dan anak-anak sedia ada
02:58serta bakal isteri
02:59terus dipelihara.
03:01Melalui pendekatan-pendekatan
03:02yang telah saya sebutkan tadi
03:04kerajaan akan terus komited
03:06dalam memastikan
03:07kes-kes tunggakan nafkah
03:08dapat diselesaikan
03:09dalam tempoh yang lebih singkat
03:12dan berkesan insyaAllah.
03:13Sekian terima kasih.