Skip to playerSkip to main content
Barisan Nasional (BN) perlu mengutamakan usaha memenangi 21 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berbanding mempertikaikan soal pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata sebarang perbezaan pandangan berhubung pemilihan calon dan agihan kerusi perlu diselesaikan menerusi perbincangan dalaman selaras dengan tradisi gabungan itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801914/berita/politik/prn-melaka-kemenangan-bn-lebih-penting-daripada-pertikaian-kerusii

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #MCA

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ya, kita sebenarnya kita percaya dalam semangat perbincangan kita.
00:05Biasalah kalau dalam suasana waktu pun untuk pemilihan calon dan sebagainya,
00:12mana-mana pihak pun mana-mana parti akan ada.
00:14Tetapi semangat dalam barisan nasional, keputusan yang telah kita buat bersama,
00:19kita akan letakkan.
00:22Kerana yang paling musahab perlu diberikan perhatian ialah untuk kemenangan barisan nasional.
00:27Apapun keputusan yang dibuat, yang paling musahab untuk diberikan tumpuan ialah kemenangan kepada barisan nasional.
00:34Dan dengan tumpuan kita, seperti telahpun diumumkan,
00:38iaitu kepada 21 kursi yang diperuntukkan untuk barisan nasional.
00:43Maka sewajarnya, semua pihak memberi perhatian, tumpuan,
00:49bagaimana untuk memenangkan kursi-kursi yang diperuntukkan kepada barisan nasional.
00:53Yang lain-lain itu, saya harap perbincangan-perbincangan itu,
00:59semangat barisan nasional ini, dia biasanya kita bincang di peringkat,
01:05walaupun ada masalah itu dan ini, kita tidak bertelagah secara terbuka.
01:12Dan itu adalah tradisi kita.
01:14Puas hati tak puas hati, kita duduklah balik.
01:17Dan itu kita bincang balik.
01:19Tapi apabila kita buat keputusan, itu adalah keputusan kita bersama.
01:26Seperti yang disebutkan oleh yang berhormat Presiden.
01:30Presiden telah memaklumkan itu.
01:33Kita tengok panduan daripada apa yang telah disebutkan oleh beliau.
01:36Terima kasih.
01:37Terima kasih.

Recommended