Skip to playerSkip to main content
Chong Zhemin mencabar MCA keluar BN atau mendesak gabungan itu dibubarkan jika benar mahu mempertahankan maruah parti, bukan sekadar protes.

#PRNMelaka #MelakaMemilih
Transcript
00:00MCA dicabar keluar barisan nasional atau mendesak gabungan itu dibubarkan jika benar-benar mahu mempertahankan maruah parti.
00:07Gesaan itu dibuat oleh ahli Parlimen Kampar Cheong Zemin yang menifatkan tindakan Presiden MCA,
00:14Datuk Sriwi Kha Song meninggalkan majlis BN di Melaka pada malam Sabtu sebagai hanya sekadar sandiwara politik.
00:23Zemin pada ahad dilaporkan mendakwa tindakan itu membuktikan MCA semakin dipinggirkan dalam penentuan pembahagian kerusi BN.
00:32Menurutnya kerusi yang pernah ditandingi MCA diserahkan kepada parti lain tanpa persetujuan kepimpinannya.
00:38Malah beliau mempersoalkan sama ada MCA benar-benar menentang kerjasama UMNO dan PAS atas dasar prinsip
00:45atau hanya membantah apabila kerusinya terjejas.
00:48Semalam, Kha Song bersama pemimpin MCA meninggalkan majlis BN di Melaka sebelum pengumuman calon susulan pertikaian pembahagian kerusi.
00:57Beliau menegaskan MCA tidak akan mengiktiraf calon yang diumumkan tanpa persetujuan parti.
01:03Bagi Zemin, tanpa keputusan politik yang tegas, tindakan meninggalkan majlis itu hanya akan kekal sebagai satu lagi protes tanpa perubahan.

Recommended