Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Singapura menggesa Indonesia menghormati kontrak bekalan gas susulan pengumuman pengurangan eksport, selain bersedia menghadapi risiko gangguan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Singapura menegaskan semua pihak perlu mematuhi komitmen kontrak bekalan gas asli susulan pengumuman Indonesia untuk mengurangkan ekspor gas ke Republik
00:09itu.
00:10Perdana Menterinya, Lawrence Wong berkata, pengimport gas Singapura juga perlu mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi hak dan kepentingan mereka di
00:19bawah kontrak perkenaan.
00:22Kenyataan itu menyusul pengumuman Indonesia pada Sabtu berhubung pengurangan ekspor gas ke Singapura.
00:28Menurut Lawrence, sebahagian besar bekalan elektrik Singapura kini dijana menggunakan gas asli, termasuk bekalan yang diimport melalui saluran pipe dari
00:37Indonesia.
00:54Beliau turut menegaskan, Singapura sudah membuat persediaan bagi menghadapi risiko gangguan bekalan gas,
01:00antaranya melalui pembangunan terminal gas asli Cucair, LNG, yang membolehkan bekalan diimport dari pelbagai negara, tanpa bergantung sepenuhnya kepada saluran
01:11pipe.
01:12Langkah itu memberikan Singapura lebih banyak pilihan untuk menangani sebarang gangguan bekalan tenaga.
01:17Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan dan Majlis Anugerah Parti Tindakan Rakyat 2026 di Singapura pada Ahad.

Recommended