Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Penilaian saham yang lebih menarik dijangka merangsang belian terpilih, terutama dalam sektor perbankan, perladangan dan utiliti, meskipun pasaran masih berdepan risiko harga minyak tinggi dan ketidaktentuan geopolitik.
Transcript
00:00Selepas ini, Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat minggu depan dengan indeks petunjuk pasaran dijangka diniagakan dalam Julat 1,600
00:08hingga 1,620 mata didorong oleh kesediaan pelabur untuk mengambil risiko.
00:13Menurut naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakutan Trade Sendir Berhad, Tong Pak Leng, aktiviti belian saham pada harga rendah dijangka akan
00:21meningkat berikutan pelabur mengambil peluang daripada penilaian saham yang semakin menarik.
00:27Bagaimanapun katanya, harga minyak mentah yang tinggi, ketidaktentuan geopolitik dan tekanan jualan oleh pelabur asing secara berterusan boleh mewujudkan turun
00:37naib pasaran secara berkala.
00:39Beliau berkata asas ekonomi Malaysia yang berdaya tahan dan kadar inflasi yang terkawal dijangka terus menyokong prospek pendapatan korporat.
00:47Dalam pada itu, Pak Leng berkata pembetulan pasaran baru-baru ini telah menjadikan penilaian saham mewah yang terpilih lebih menarik,
00:54terutamanya dalam sektor perbankan, peladangan dan utiliti.
00:58Bagi minggu baru berakhir, bursa tempatan kebanyakannya dinia kekerendah seiring dengan kebanyakan pasaran serantau dan prestasi Wall Street yang lemah
01:06berikutan kebimbangan mengenai kemampanan pelaburan dalam kecerdasan buatan AI.
01:11Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FTSE Bursa Malaysia KLCI FBM KLCI meningkat 3.80 mata kepada 1,611.56 daripada
01:231,607.76 minggu lepas.
01:26Jumlah dagangan mingguan menurun kepada 14.21 bilion unit bernilai 12.55 bilion ringgit daripada 16.41 bilion unit bernilai
01:3815.57 bilion ringgit pada minggu sebelumnya.
01:41Jumlah dagangan pasaran utama merosot kepada 7.68 bilion unit bernilai 11.15 bilion ringgit daripada 9.58 bilion unit
01:52bernilai 13.89 bilion ringgit sebelum ini.
01:56Terima kasih telah menonton!

Recommended