00:00Seorang lelaki berusia 21 tahun maut selepas 4 hari mengalami kecederaan serius di belakang kepala ketika menghadiri acara muzik gig
00:08di kampung Jawa Melaka 17 Oktober lalu.
00:12Sesudah kejadian itu, polis menahan 10 individu berusia antara 18 hingga 25 tahun bagi membantu siasatan.
00:20Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisional Halim Abbas pada ahad dilaporkan berkata, mangsa yang bekerja sebagai penghantar barang menerima
00:28rawatan di Hospital Melaka sebelum disahkan meninggal dunia pada 21 Oktober lalu.
00:33Siasatan turut mendapati acara berkenaan dianjurkan tanpa permit polis maupun kebenaran pihak berkuasa tempatan PBT.
00:39Kes yang pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, kini diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
00:51Sementara itu, pengendali premis dalam kenyataan dua hari lalu menyifatkan kejadian sebagai kemalangan tidak disengajakan ketika mangsa menyertai aktiviti morsing.
01:00Menurutnya, mangsa dipercayai berlanggar dengan seorang individu sebelum terjatuh dan kepalanya terhentak di lantai.
01:06Pengendali premis turut memaklumkan rakaman kamera lita tertutup CCTV sudah diserahkan kepada polis bagi membantu siasatan.