Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh kembali beroperasi secara berperingkat selepas digantung susulan siri serangan Houthi

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lapangan terbang-antarabangsa Raja Khalid di Riyadh Arab Saudi akan menyambung semula sebahagian operasi penerbangan domestik dan antarabangsa pada ahad.
00:09Langkah itu menyusul penggantungan operasi sejak 10 Oktober lalu akibat siri serangan kumpulan huti dari Yemen.
00:17Pihak berkuasa lapangan terbang memaklumkan Terminal 1 akan mengendalikan penerbangan domestik,
00:23manakala Terminal 2 bagi penerbangan antarabangsa kendalian syarikat penerbangan nasional.
00:28Pengumuman itu dibuat lewat Sabtu sebagai sebahagian usaha memulihkan perkhidmatan penerbangan secara berperingkat.
00:36Penumpang dinasihatkan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengesahkan status tempahan dan jadwal penerbangan sebelum ke lapangan terbang.
00:46Sebelum ini kumpulan huti melancarkan beberapa siri serangan terhadap lapangan terbang dan kemudahan tenaga di Arab Saudi.
00:54Serangan berkenaan turut mengakibatkan kemalangan jiwa namun jumlah mangsa tidak dinyatakan dalam laporan tersebut.
01:02Operasi lapangan terbang itu terpaksa dihentikan susulan ancaman keselamatan yang tercetus.

Recommended