Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pertanyaan arwah ayah tiga bulan sebelum meninggal dunia menjadi inspirasi Yuji Haikal kembali berkarya hingga menjuarai anugerah fotografi di Itali.
Transcript
00:00Di sebalik kejayaan jurugambar Malaysia, Uji Haikal, meraih anugerah antarabangsa di Itali, tersembunyi kisah peribadi yang menjadi titik perubahan dalam
00:09perjalanan seninya.
00:10Siapa sangka pertanyaan arwah bapa tiga bulan sebelum meninggal dunia menjadi dorongan untuk beliau kembali memegang kamera selepas hampir sedekat
00:19meninggalkan dunia fotografi.
00:21Why aren't you taking photos anymore? Pertanyaan itulah yang akhirnya menjadi judul buku fotografi Uji Haikal sekaligus membawanya memenangi Urban
00:33Book Award 2026 di Trieste, Itali, Ahad Lepas.
00:38Buku buatan tangan yang didedikasikan kepada arwah bapanya itu mengangkat kisah kehilangan, kenangan dan hubungan seorang anak dengan bapa.
00:47Kerana tajuk itu adalah soalan daripada arwah ayah saya tiga bulan sebelum dia meninggal dan dengan soalan itu saya terasa
00:56beban untuk saya kembali dalam fotografi dan saya dedikasikan buku ini kepada arwah ayah saya kerana dialah punca saya mula
01:10dalam fotografi kerana dia membelikan saya kamera pertama.
01:13Uji atau nama sebenarnya Said Muhammad Haikal Said Mahbar, 41 tahun, meraih penitirafan terbaru itu sempena Festival Trieste Photodesk yang
01:24berlangsung dari 23 hingga 25 Oktober lalu.
01:28Buku sama sebelum ini turut memenangi gelaran Book Photographer of the Year pada International Photography Awards 2024 di Greece selain
01:37pingat emas di Tokyo dan Budapest pada 2025.
01:40Pada Januari lalu, beliau turut muncul naib juara kategori portraiture pada anugerah Zikpa di Emirah Arab Bersatu UAE.
01:50Bagi Uji, kejayaan itu turut membuktikan karya fotografi Malaysia mempunyai kekuatan tersendiri untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
01:58Saya rasa kekuatan karya dari Malaysia yang mampu menarik perhatian juri antarabangsa adalah pada keunikan dan keperlbagaian budaya, teknik, kultur
02:13kita di Malaysia sendiri.
02:15Kerana bagi kita mungkin perkara itu biasa tetapi bagi orang luar di peringkat antarabangsa ia adalah satu perkara yang unik.
02:25Kemenangan di Itali turut memilih hasikan impian Uji apabila bukunya diterbitkan oleh penganjur Urban Photo Awards.
02:33Namun baginya, pengiktirafan itu bukan penamat perjalanan.
02:37Sebaliknya dorongan untuk terus berkarya dan berkongsi pengalaman dengan komuniti fotografi tempatan.
02:43Terima kasih telah menonton!

Recommended