Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata langkah itu penting untuk melindungi industri tempatan daripada risiko turun naik harga pasaran MSM global menerusi penghasilan produk hiliran bernilai tambah tinggi.
Transcript
00:00Kementerian Perladangan dan Komoditi akan memperkukuh sektor oleokimia khusus
00:04serta pembangunan produk nutraceutical dan pharmaceutical berasaskan sawit
00:08untuk mengurangkan kebergantungan kepada ekspor minyak sawit mentah atau MSM.
00:13Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Huang Tiongsi berkata,
00:17langkah itu penting untuk melindungi industri tempatan daripada risiko turun naik harga pasaran MSM global
00:23menerusi penghasilan produk hiliran bernilai tambah yang tinggi.
00:30Tambah beliau antara pelan tindakan khusus yang sedang dan akan terus dilaksanakan
00:35adalah membimbing industri untuk menghasilkan produk bertaraf premium
00:39bagi pasaran kosmetik, penjagaan diri dan produk industri khusus.
00:45Melalui penyelidikan dan perkhidmatan yang dijalankan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia, MPOP,
00:52dan kedua, pembangunan setor nutraceutical dan pharmaceutical dengan memanfaatkan
01:00kandungan bernilai tinggi sawit seperti tokotrenus, vitamin E dan kerotinus
01:08untuk produk kesehatan kerupuk bernilai tinggi.
01:12Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan
01:16Datuk Syamsul Kaha Muhammad Deli, BN Jempol,
01:19mengenai pelan tindakan khusus kementerian untuk mempercepat peralihan industri
01:24daripada kebergantungan ekspor MSM kepada produk hiliran bernilai tambah tinggi
01:30serta sasaran peningkatan nilai ekspor sektor berkenaan.
01:34Terima kasih.
Comments

Recommended