00:00Lebih seribu pegawai dan anggota Jabatan Bomber dan Penyelamat JBPM Terengganu, termasuk Bomber Sukarela, dipersiapkan untuk berdepan dengan bencana banjir
00:08yang dijangka melanda negeri itu.
00:11Pengarahnya, Nur Mahathir Mohamad berkata, pemantauan dan rondaan juga turut dilaksanakan, khususnya di 460 kawasan berisiko banjir di 8 daerah
00:21di Terengganu.
00:24Antara lain ia merangkumi 97 lokasi di Kuala Terengganu, 59 kawasan di Setiu, 72 di Dungun, Hulu Terengganu dengan 63
00:34lokasi.
00:35Manakala 55 lagi lokasi membabitkan daerah Kemaman, 47 di Kuala Nerus, 35 di Marang dan 32 kawasan menyebabkan daerah Besut.
00:44Kita telah membuat lantikan seramai 16 pegawai kanan yang di bawah PJC ke atas untuk mereka bertindak di 8 daerah.
00:55Jadi insyaAllah dengan kekuatan tersebut dan juga dibantu oleh agensi-agensi yang lain, insyaAllah kita dapat mengatasi masalah seperti mana
01:05yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini.
01:07Beliau berkata pihaknya turut bersedia dengan kejadian banjir luar jangka hingga menyebabkan banjir serentak termasuk di kawasan bandar dan pedalaman.
01:16Aset udara turut disediakan di Akademi Bomber dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Timur, Wakaf Tapai bagi tujuan penyelamatan serta penghantaman bantuan
01:24ke kawasan yang dijangka terputus hubungan semasa banjir.
01:27Monsoon Timur Laut atau MTL 2026-2027 dijangka bermula 27 Oktober ini dan berterusan sehingga Mac tahun depan dengan 3
01:37hingga 5 episod hujan lebat berterusan diramal berlaku pada fasa awal monsoon berkenaan.
01:42Episod hujan lebat itu berpotensi menyebabkan banjir khususnya di kawasan berhampiran sungai dan kawasan rendah.
Comments