00:00Liga Arab memberi amaran bahawa gencatan senjata di Gaza masih berada dalam keadaan rapuh dan memerlukan tindakan segera masyarakat antarabangsa.
00:09Setiusa Agong Liga Arab Nabil Fahmi menyatakan perkara itu ketika mengadakan pertemuan dengan Setiusa Agong Pertumbuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB
00:17Antonio Guterres di Kahirah.
00:21Menurut beliau, lebih 1,500 rakyat Palestine dilaporkan terbunuh sejak gencatan senjata berkuatkuasa pada Oktober 2025.
00:28Nabil berkata keadaan semasa di Gaza kini menjadi ujian besar terhadap kredibiliti sistem antarabangsa dalam menegakkan undang-undang dan keadilan.
00:37Beliau turut menekankan keperluan melaksanakan sepenuhnya Resolusi 2803.
00:42Majlis Keselamatan PBB mengekalkan kesatuan wilayah Palestine yang diduduki dan menyokong peranan UNRWA dalam membantu pelarian Palestine.
00:51Dalam perkembangan berkaitan, beliau menegaskan pendirian Liga Arab yang menentang serangan terhadap negara-negara Arab termasuk serangan yang dikatakan melibatkan
00:59Iran dan kumpulan Houthi.
01:01Beliau turut menyatakan sokongan terhadap Arab Saudi dan hak negara itu untuk mempertahankan keselamatan serta kedaulatannya.
01:08Pertemuan itu turut menyentuh perkembangan di Lubnan, Sudan, Syria dan Libya.
01:12Dengan kedua, pihak menegaskan kepentingan memelihara perpaduan dan kedaulatan negara terbabit.
01:18Sementara itu, Guterres menegaskan komitmen PBB untuk terus bekerjasama dengan Liga Arab bagi menangani pelbagai cabaran serantau dan antarabangsa.