Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kedutaan Besar Malaysia di Muscat menggesa rakyat Malaysia di Yaman mengutamakan keselamatan, mengehadkan pergerakan tidak perlu serta mengemas kini maklumat di portal e-Konsular bagi memudahkan bantuan konsular.
Transcript
00:05Rakyat Malaysia yang berada di Yaman dinasihatkan supaya terus buah sepada mengutamakan keselamatan diri dan mengehadkan pergerakan yang tidak perlu
00:12susulan perkembangan keselamatan semasa di negara itu.
00:16Kedutaan Besar Malaysia di Maskat menerusi satu kenyataan turut menggesa rakyat Malaysia di Yaman supaya kekal berada di lokasi selamat,
00:24mengelakkan kawasan berisiko serta sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.
00:31Kenyataan menyebut, sebagai langkah berjaga-jaga, rakyat Malaysia juga disarankan supaya memastikan dokumen perjalanan, barangan keperluan asas dan maklumat perhubungan
00:41penting sentiasa tersedia dan mudah diakses.
00:43Bagi memudahkan komunikasi dan penyaluran bantuan konsuler, rakyat Malaysia digalakkan untuk mendaftar atau mengemaskini maklumat peribadi menerusi portal e-konsuler
00:53serta berhubung dengan pihak kedutaan.
00:55Mereka yang memerlukan bantuan konsuler pula boleh menghubungi kedutaan menerusi talian tertera.

Recommended