00:00Keganasan tidak boleh dinormalisasikan sebagai sebahagian daripada budaya muzik hardcore walaupun corak persembahan dan cita rasa generasi muda terus berubah.
00:11Vokalist kumpulan Second Combat, Karudin Aziz atau Ain, berpandangan tindakan sengaja mencederakan penonton bukanlah ukuran keaslian seseorang peminat hardcore.
00:27Menurut Ain, perkembangan muzik beatdown yang menekankan bunyi lebih berat dan agresif tidak seharusnya disalah tafsir sebagai galakan untuk melakukan
00:37keganasan.
00:39Beliau bimbang apabila tindakan menyerang penonton lain berulang tanpa teguran, perbuatan itu akhirnya dianggap sebahagian daripada budaya geek.
00:48Sebab apabila sesuatu perbuatan berulang tanpa ditegur, orang mula menganggapnya sebagai sebahagian daripada budaya. Itulah yang membimbangkan saya.
00:59Tegas Ain, Moshing merupakan ekspresi fizikal terhadap muzik, manakala crowd killing melibatkan perbuatan sengaja menyasarkan penonton lain dengan tumbukan atau
01:09tendangan.
01:10Beliau yang hampir 30 tahun bersama Second Combat turut mengamalkan gaya hidup straight edge, iaitu menolak dadah, alkohol dan rokok.
01:19Saya bukan nak menentang hardcore, beatdown itu semua. Bukan menentang beatdown dan bukan menentang Moshing. Saya menentang perbuatan sengaja mencederakan
01:30manusia lain.
01:31Beliau mengulas insiden susunan kematian seorang lelaki selepas mengalami kecederaan ketika menghadiri acara muzik di Melaka baru-baru ini.
01:40Ain terut menzahirkan simpati kepada keluarga mangsa dan menyiapkan orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan sebelum siasatan selesai.
01:49Terima kasih telah menonton!