- 3 minutes ago
Tekanan jualan saham dan lonjakan harga minyak terus menguji sentimen pelabur, sementara keputusan kewangan suku ketiga syarikat teknologi Amerika Syarikat menjadi perhatian pasaran global. Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan mengupas potensi prestasi korporat dalam mempengaruhi hala tuju FBM KLCI menjelang akhir tahun.
Category
🗞
NewsTranscript
00:03Pasaran saham Malaysia terus berdepan tekanan jualan, sementara lonjakan harga minyak mentah melebihi $110 Amerika setong, meningkatkan kebimbangan terhadap inflasi
00:14dan kos perniagaan.
00:15Dalam masa yang sama, keputusan kewangan suku ketiga, khususnya syarikat-syarikat teknologi di Amerika Syarikat, menjadi tumpuan pelabur kerana berpotensi
00:23mempengaruhi sentimen pasaran global.
00:25Mampukah prestasi korporat memberikan nafas baharu kepada Bursa Malaysia atau tekanan luaran akan terus membataskan pemulihan FBM KLCI menjelang penghujung
00:35tahun ini?
00:36Bersedia untuk mengulas lebih lanjut adalah pengarah strategi pelaburan dan ekonomi IPPFA sedang berhad, Muhammad Siddiq Jantan.
00:42Terima kasih Siddiq pertama sekali bantu kami faham apa antara faktor utama yang menyebabkan FBM KLCI terus mencatatkan penurunan melepasi
00:50paras 1,600 pada minggu lalu.
00:53Okey, baik Nina. Kalau kita lihat penurunan FBM KLCI ketika ini, ianya banyak berpunca daripada beberapa faktor luaran.
01:01Bukan satu saja tetapi kombinasi beberapa faktor luaran iaitu kalau saya boleh katakan yang pertama adalah ketidaktentuan geopolitik yang masih
01:10berlaku di Asia Barat.
01:12Yang kedua, kenaikan harga minyak brand mentah yang menunjukkan peningkatan yang mendadak iaitu melepasi 1,110 dan in fact kalau
01:22kita tengok pada minggu lalu,
01:23ianya telah melepasi 1,015 USD per bera dan ini akan memberi kebimbangan terhadap inflasi global serta ketidakpastian mengenai prospek
01:36keuntungan korporat.
01:37Sebab kalau kita tengok pemangkit ataupun driver untuk pasangan saham ketika ini adalah syarikat-syarikat yang berkaitan dengan teknologi dan
01:45juga semiconductor.
01:45So pelabur kalau saya boleh katakan untuk ketika ini ianya semakin selektif. In fact kalau kita tengok busa Malaysia pada
01:53hari ini juga ianya dibuka rendah dan ini menunjukkan beberapa keputusan pelaburan yang dilakukan oleh pelabur mungkin sedikit delay.
02:04Mereka bukan saja menilai pertumbuhan ekonomi semata-mata tetapi juga turut melihat sama ada keuntungan syarikat mampu bertahan dalam persekitaran
02:13kos yang meningkat iaitu disebabkan oleh
02:15tekanan harga minyak global. So apabila ketidaktentuan ini dia meningkat pelabur cenderung mengurangkan pendedahan kepada aset berisiko dan memilih syarikat
02:25yang mempunyai aliran tunai yang lebih stabil serta kedudukan kewangan yang kukuh.
02:29So kita perlu melihat prestasi busa Malaysia ataupun prestasi pasaran Malaysia dalam konteks global sebab apabila pasaran Amerika Syarikat mengalami
02:39pembetulan khususnya dalam sektor teknologi kesannya boleh merebak ke pasaran serantau
02:44melalui perubahan sentimen dan juga aliran dana antarabangsa. Bagaimanapun penurunan IBM KSI dia tidak semestinya menggambarkan kelemahan menyeluruh ekonomi Malaysia
02:55sebab kalau kita tengok
02:56indeks ini dipengaruhi oleh prestasi saham berkapital besar sedangkan prestasi sektor dan juga saham individu boleh berbeza-beza.
03:06Jadi perkara yang paling penting untuk diperhatikan ialah sama ada tekanan jualan ini hanya bersifat sementara atau iaitu akibat ketidaktentuan
03:17global atau mencembihkan
03:18perubahan yang lebih mendalam terhadap jangkaan keuntungan korporat.
03:22Baik ini adalah kita di persimpangan melihat adakah tekanan jualan akibat daripada ketanggangan geopolitik ataupun ada perubahan yang lebih besar
03:30dalam
03:30dalam pasaran korporat ketika ini. Namun Sidiq, dengan kenaikan harga minyak mentah melebihi $110 setong, bagaimana ia mempengaruhi inflasi dan
03:40kos operasi syarikat?
03:42Okey, kalau kita nak tengok transmission channel ataupun peralihan impact sebab kalau kita tengok kenaikan harga minyak mentah sekiranya ia
03:56melebihi $100 setong, ia boleh memberi kesan yang ketara kepada ekonomi
04:01ataupun ekonomi sesebuah negara tapi kalau kita untuk zoom in into the sector, kebanyakan sektor akan mengalami tempias seawal yang
04:10mungkin berbanding dengan ekonomi sesebuah negara.
04:13Terutamanya kalau kita tengok syarikat-syarikat ataupun company yang mempunyai pertalian ataupun positive correlation tentang kos pengeluaran, pengangkutan dan juga
04:26kos bahan mentah.
04:28So dari perspektif ekonomi kalau kita lihat minyak dia merupakan input penting dalam pelbagai aktiviti pengeluaran. Jadi pada pihak kami,
04:38kami melihat berkemungkinan harga minyak brand mungkin melepasi $125 pervera dalam jangka masa 1 hingga 2 minggu yang akan datang.
04:51Ini disebabkan oleh peningkatan geopolitik di Asia Barat. Bagi syarikat yang mempunyai dan bila kita lihat daripada harga minyak yang
05:02meningkat naik
05:03apa yang memberi kesan kepada syarikat sebelum ianya memberi kesan kepada ekonomi, syarikat yang mempunyai majlis keuntungan yang kecil, dia
05:11kenaikan kos ini
05:12dia boleh mengurangkan keuntungan syarikat sekiranya mereka tidak mampu memindahkan keseluruhan kenaikan tersebut kepada pengguna.
05:21Kesannya seterusnya kita boleh lihat kemungkinan berlakunya tekanan inflasi kos ataupun kita panggil kos push inflation.
05:30Jika kenaikan harga tenaga berterusan dan merebak kepada harga barangan serta perkhidmatan lain, kuasa beli isi rumah boleh terjejas.
05:39Pengguna dia boleh, saya boleh katakan mungkin mengurangkan perbelanjaan bukan keperluan sekaligus memberi kesan kepada sektor penggunaan dan juga perniagaan
05:50domestik.
05:51Namun kita perlu lihat kedudukan Malaysia secara ekonominya lebih seimbang sebab negara sebagai pengeluar minyak dan gas, Malaysia berpotensi mendapatkan
06:01manfaat daripada kenaikan harga minyak
06:03melalui pendapatan syarikat huluan minyak dan juga gas serta hasil berkaitan petrolium.
06:08Walaubagaimanapun manfaat ini kalau kita tengok tidak semestinya mengimbangkan sepenuhnya peningkatan kos yang ditanggung oleh keseluruhan ekonomi
06:16sebab kesan bersih bergantung kepada struktur subsidi bahan mentah, bahan api, pendedahan industri kepada harga tenaga, kadar pertukaran ringgit dan
06:26juga tempoh kenaikan harga minyak.
06:28So dari sudut dasar monetary pula kalau kita boleh kaitkan jika kenaikan harga minyak menyebabkan inflasi menjadi lebih berterusan
06:37walaupun sekarang ini kita tengok inflasi masih berada di paras 2%, band negara berkemungkinan menilai semula sama ada tekanan tersebut
06:45bersifat sementara
06:45atau sudah merebak kepada inflasi dan ini akan memberi adjustment untuk dasar monetary band negara.
06:55Ini adalah melihat kepada keadaan kos operasi syarikat ketika ini mengambil kira faktor global.
07:03Jadi mengapa keputusan kewangan suku ketiga syarikat-syarikat tersenarai di Amerika Syarikat penting kepada pelabur di Malaysia?
07:09Okey kalau kita tengokkan untuk suku ketiga ini adalah keadaan di mana ketidaktentuan global, ketidaktentuan harga minyak
07:19semakin mula meningkat walaupun kita tengok untuk suku kedua berlaku penurunan tetapi suku ketiga ianya menunjukkan peningkatan.
07:28So sekiranya keputusan kewangan suku ketiga syarikat-syarikat khususnya syarikat teknologi di Amerika menunjukkan peningkatan
07:38ataupun melebihi paras analis expectation ini akan memberi satu perubahan sentimen iaitu sentimen yang lebih baik
07:49iaitu pelabur melihat syarikat-syarikat ini masih mempunyai majlis keuntungan untuk melakukan operasi di bawah tekanan kos yang tinggi.
08:01So dalam keadaan pasaran saya melihat tiga perkara utama yang kita boleh ambil daripada laporan keputusan kewangan suku ketiga ini.
08:11Yang pertama pertumbuhan pendapatan dan juga keuntungan korporat sebab keputusan syarikat di Amerika memberi petunjuk tentang kekuatan permintaan pengguna
08:21dan aktiviti perniagaan dan kemampuan syarikat mengekalkan majlis keuntungan.
08:25Yang kedua perbelanjaan modal berkaitan dengan kecerdasan buatan dan juga ataupun kita panggil AI.
08:31Pelaburan besar dalam pusat data semiconductor dan infrastruktur digital dia boleh memberi manfaat
08:39yang saya boleh katakan kepada syarikat dalam merataian bekalan teknologi global termasuk sebahagian daripada pengeluar semiconductor dan komponen elektronik di
08:49Malaysia.
08:50Bagaimanapun pelabur juga perlu mengetahui bahawa sama ada pelaburan besar ini mampu menghasilkan pulangan yang sepadan.
08:57Jika perbelanjaan meningkat dengan cepat tapi hasil dan keuntungan tidak memenuhi jangkaan penilaian saham teknologi boleh berada dalam tekanan.
09:05Dan yang ketiga adalah panduan pengurusan bagi suku berikutnya sebab pasaran bukan sahaja melihat keputusan yang telah dicapai
09:13tetapi juga interpretasi ataupun penjelasan yang diberikan oleh syarikat mengenai apa yang mereka akan lakukan
09:24dan juga apa yang mereka akan capai untuk suku yang seterusnya.
09:29So ini turut menilai prospek pertumbuhan syarikat pada masa hadapan.
09:34So bagi Malaysia keadaan di Amerika Syarikat, keadaan prestasi kewangan di Amerika Syarikat dia perkembangan yang penting
09:41kerana sektor E&E di Malaysia khususnya semiconductor dia mempunyai hubungan yang sangat positif
09:48dengan rantaian bekalan teknologi global sebab permintaan yang lebih kukuh di Amerika Syarikat
09:52berpotensi menyokong ekspor dan juga keuntungan syarikat tempatan yang mempunyai pendedahan kepada sektor-sektor teknologi tersebut.
10:02Jadi macam mana untuk kita menilai jauh mana prestasi syarikat dalam kalender pendapatan Nasdaq
10:07mampu mempengaruhi sentimen pasaran global dan busa Malaysia?
10:11So kalau saya melihat pengaruh Nasdaq, saya melihat ini sangat signifikan khususnya dalam pasaran global
10:18yang banyak dipengaruhi oleh perkembangan teknologi, AI dan semiconductor.
10:22Nasdaq dia mempunyai pendedahan yang besar kepada syarikat teknologi dan juga pertumbuhan.
10:27Oleh itu keputusan, keuangan syarikat utama dalam indeks tersebut boleh mempengaruhi sentimen pelabur
10:34terhadap keseluruhan sektor teknologi global.
10:37Sama ada sektor itu berada di Malaysia ataupun di rantau Asia yang lain.
10:43Sebagai contoh, jika syarikat teknologi utama mencatatkan pertumbuhan pendapatan yang kukuh
10:48dia memberikan panduan positif dan menunjukkan bahawa permintaan terhadap AI masih berkembang
10:54dan ini boleh meningkatkan keyakinan pelabur terhadap prospek teknologi.
10:58Perkembangan ini kalau kita boleh lihat dia berpotensi memberi kesan positif kepada syarikat
11:04dalam rantaian bekalan semiconductor, pusat data dan juga elektrik dan elektronik.
11:08Dan sebaliknya jika keputusan keuangan yang mengecewakan atau perbelanjaan AI yang terlalu tinggi
11:15berbanding dengan pulangan yang terjana pelabur mungkin menilai semula sama ada
11:19harga saham teknologi terkini berada di paras atas ataupun di paras on par.
11:27So ini boleh mencetuskan saya boleh katakan pembetulan pasaran dan juga pada masa yang sama
11:32dia mempengaruhi sentimen pelabur di Asia.
11:35So apa yang saya boleh katakan untuk kesan terhadap busa Malaysia
11:40dia bergantung kepada beberapa faktor.
11:42Yang pertama sejauh mana syarikat Malaysia terdedah kepada rantaian bekalan teknologi
11:47Amerika Syarikat. Yang kedua sama ada perubahan sentimen global dia
11:51dia mendorong pelabur asing mengurangkan atau meningkatkan pendedahan kepada syarikat
11:55ataupun negara yang sedang membangun.
11:58Sebab kalau kita tengok untuk FBM KSI ataupun untuk data busa Malaysia
12:02berlaku penjualan yang sangat besar daripada pelabur asing.
12:07So itu kita boleh lihat ianya akan memberi sama ada banyak pelabur akan keluar daripada Malaysia
12:15ataupun banyak pelabur akan masuk ke dalam Malaysia.
12:17Yang ketiga akhir sekali saya boleh katakan kekuatan asas ekonomi domestik dan juga prestasi
12:22keuntungan syarikat tempatan.
12:23which is untuk kesan yang ketiga ini saya boleh katakan kita masih stable
12:28dan kita hanya tertempur ataupun hanya terkesan daripada faktor-faktor luaran.
12:33Dan Sidiq ini membawa kita kepada persoalan utama.
12:36Adakah keputusan korporat yang kukuh di Amerika Syarikat berupaya menyokong
12:40pemulihan FBM KSI menjelang penghujung 2026?
12:42Dan kita berbagi kurang daripada satu minit.
12:45Minta maaf sangat Sidiq. Mungkin kita boleh rengkaskan.
12:47Kita boleh lihat kepada tiga senario.
12:50Yang pertama pemulihan sentimen.
12:52So jika korporat punya result melebih jangkaan
12:55dia memberi keyakinan pelabur dan pelabur akan bertambah baik.
12:59So ini akan memberi kesan positif kepada FBM KSI.
13:03Yang kedua adalah pasaran bergerak secara mendata
13:05iaitu keputusan kewangan masih memuaskan
13:08tapi kebimbangan terhadap faktor-faktor luaran yang lain.
13:10Harga minyak, inflasi dan risiko geopolitik berterusah.
13:14Yang ketiga, senario yang ketiga adalah
13:16tekanan pasaran berterusan.
13:17Jika harga minyak kekatinggi,
13:20keputusan kewangan korporat turut mengecewakan
13:23pelabur terus akan mengurangkan
13:25perdedahan mereka kepada aset berisiko
13:28dan juga FBM KSI berkembangan
13:30melepasi ataupun turun melepasi 1,600.
13:35Dan pasaran saham masih berdepan ketidaktentuan
13:38dan keputusan korporat AS mungkin memberi dogongan
13:41tetapi belum menjamin pemulihan bursa Malaysia
13:44kerana jelas seperti yang telah dikongsikan
13:46keyakinan pelabur perlu disokong oleh keuntungan syarikat
13:48yang kukuh, aliran dana yang stabil
13:50dan risiko global yang semakin reda.
13:52Terima kasih saya ucapkan kepada Mohd Sudik Jantar
13:54setiap perincian ini akan kami rangkumkan
13:55dalam astroawani.com dan di semua platform digital
13:57astroawani.