00:00Seorang kakitangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Mardi, maut selepas disengat lebah ketika mengambil madu di kawasan ladang milik
00:09agensi itu di Air Putih, Kemaman pada Sabtu.
00:12Mangsa Hafizul Mat, 40 tahun yang bekerja sebagai pembantu am, dilaporkan terlibat dalam kejadian itu kira-kira jam 9.50
00:19pagi ketika berada di Mardi, cawangan Kemaman.
00:24Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Muhammad Razie Rosli berkata, mangsa sebelum itu dinasihatkan oleh rakan sekerjanya agar tidak mengambil madu
00:32berkenaan kerana sarang lebah itu berada di atas pokok kering setinggi kira-kira 3 meter.
00:38Bagaimanapun, mangsa dilaporkan bertegas untuk meneruskan hasratnya dan memanjat pokok tersebut.
00:44Susulan itu, mangsa diserang sekumpulan lebah dan menjerit meminta rakannya melarikan diri.
00:50Mangsa kemudian turun dari pokok dan masuk ke dalam lopak air berhampiran bagi mengelakkan terus disengat.
00:57Namun tidak lama selepas itu, mangsa mengadu sakit pada bahagian tangan dan kaki akibat sengatan lebah sebelum tidak sedarkan diri
01:04dan mengalami kekejangan.
01:06Rakan-rakan mangsa kemudian menghubungi ambulans dan mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.
01:12Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan pada jam 6.42 minit petang.