00:00Pelaksanaan peperiksaan sijil pelajaran Malaysia SPM 2026 bermula hari ini dan akan berakhir pada 17 Disember nanti.
00:08Bermula hari ini sehingga 29 Oktober, calon akan menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu diikuti 2 hingga 5 November untuk ujian
00:16bertutur Bahasa Inggeris.
00:20Bagi tarikh 16 hingga 18 November pula, calon akan menjalani ujian amali sains. Seterusnya 23 November hingga 17 Disember pula,
00:28peperiksaan bertulis akan dilakukan.
00:31Sementara itu, ujian mendengar Bahasa Melayu akan diadakan pada 30 November ini dan ujian mendengar Bahasa Inggeris pula dilakukan pada
00:391 Disember.
00:40Kementerian Pendidikan Malaysia KPM berkata penyelarasan jadual SPM 2026 mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan faktor persekitaran yang kritikal.
00:51Antara pertimbangan utama termasuk unjuran cuaca monsoon timur laut yang mengakibatkan banjir, potensi fenomena jerebu hujung tahun serta penyelarasan bersama
01:00cuti persekolahan.
01:01Selain itu, KPM turut mengambil kira rungutan terdahulu berkaitan penempatan beberapa kertas peperiksaan penting yang sering dijadualkan pada saat akhir
01:10tempoh peperiksaan bagi memastikan kebajikan calon terpelihara.
01:15Secara keseluruhan, seramai 420,879 orang calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2026 di 3,334 buah pusat peperiksaan
01:28di seluruh negara.