Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Penunjuk perasaan yang membantah krisis perumahan di Madrid mula menyusun semula tapak perkhemahan mereka di Puerta del Sol, namun menegaskan protes masih diteruskan. Sepanyol kini berdepan cabaran besar akibat kenaikan harga sewa, kekurangan bekalan rumah dan peningkatan kos sara hidup yang menjejaskan golongan muda serta berpendapatan rendah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penunjuk perasaan yang berkampung di dataran Puerto de Sol, Madrid, mula mengurangkan operasi tapak protes mereka pada ahad.
00:07Beberapa kemah ditanggalkan manakala kawasan sekitarnya dibersihkan, namun penganjung menegaskan langkah itu bukan bermakna protes ditamatkan.
00:17Sebahagian peserta dilihat membersihkan laluan di antara kemah serta memidahkan struktur sementara yang terletak berhampiran pintu masuk stesen metro yang
00:26sibuk.
00:26Menurut mereka, penyusunan semula itu dilakukan bagi meningkatkan keselamatan dan melancarkan pergerakan orang ramai di kawasan tersebut.
00:34Meskipun terdapat tanda-tanda pengurangan aktiviti di tapak perkemahan, sepanduk yang menyuruh demonstrasi diteruskan masih dipamirkan di sekitar dataran itu.
00:56Kita ingin bergerak di sini, kita ingin bergerak di dalam keadaan lebih banyak orang, keadaan lebih aman, keadaan lebih aman.
01:07Itu bukan sesuatu yang kita cari untuk menjadi aman, hanya untuk lebih aman dengan integrasi kita, kehidupan kita.
01:16Setakat ini pihak penganjung belum mengumumkan secara rasmi penamatan gerakan berkenaan dan dijangka mengadakan satu acara rasmi pada akhir minggu
01:24ini bagi menentukan hala tuju seterusnya.
01:26Protes itu tercetus ketika Spanyol berdepan krisis kemampuan memiliki dan menyewa rumah yang semakin meruncing.
01:33Kenaikan harga sewa, kekurangan bekalan kediaman, pertambahan penduduk serta perkembangan pesat penginapan pelancongan di kawasan bandar menjadi antara faktor utama
01:42yang menyumbang kepada masalah tersebut.
01:45Akibatnya, ramai golongan muda dan berpendapatan rendah berdepan kesukaran untuk mendapatkan tempat tinggal yang mampu milik.
01:51Isu perumahan kini menjadi antara cabaran sosioekonomi utama di Spanyol dengan aktivis terus menuntut tindakan lebih tegas daripada kerajaan bagi
02:00menangani kenaikan kos perumahan dan melindungi penyewa.

Recommended