Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Pasukan SMART MAS01 selamat tiba di Kathmandu bagi menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) di Nepal. Seramai 11 anggota dan pegawai bersama 12.4 tan peralatan mencari dan menyelamat dibawa bagi membantu operasi mengesan mangsa bencana.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia atau SMART yang menyertai misi bantuan kemerusiaan dan bencana ke Nepal selama tiba di
00:06Katmandu pada tengah malam Sabtu.
00:08Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA, pasukan SMART selesai menjalani proses ketibaan dan protokol misi pada jam 4.30 petang
00:16waktu tepatan.
00:18Menurut NADMA, proses itu merangkumi urusan pelepasan logistik, pemeriksaan peralatan dan pengesahan manifest anggota yang terlibat dalam misi berkenaan.
00:26Penyalarasan seterusnya akan dibuat bersama Kedutaan Besar Malaysia dan Agensi Pengurusan Kecemasan Tempatan bagi menentukan aturan penugasan pasukan.
00:35NADMA berkata pelaporan harian operasi sepanjang penugasan akan diselaraskan bersama Kedutaan Besar Malaysia di Nepal.
00:42Menurut agensi itu, semua anggota SMART berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang masalah dilaporkan setakat kemas kini diterima.
00:48Pada Sabtu, seramai 11 anggota dan pegawai SMART berlepas ke Nepal, menaiki pesawat A400 Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM dari
00:57Pangkalan Udara Subang pada jam 9 pagi.
01:00Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended