00:00Seterusnya, Kementerian Pendidikan KPM memberi jaminan tiada sekolah jenis kebangsaan Tamil SJKT akan ditutup di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.
00:09Menterinya Datuk Seri Fadlina Siddiq berkata jaminan itu diberikan susulan masih terdapat persepsi dalam kalangan masyarakat bahawa SJKT akan ditutup.
00:20Fadlina berkata Kerajaan Madani komited memastikan kelangsungan SJKT dengan tumpuan diberikan kepada aspek pembangunan dan pendidikan di sekolah berkenaan.
00:28Tapi kita bagi jaminan sebagai Kerajaan Madani tiada SJKT yang akan ditutup malah kita akan memberikan tumpuan kepada semua sekolah
00:37untuk pembangunan, penyelenggaraan dan juga program-program yang terkait dengan pengukuhan guru dan juga para pelajar kita.
00:48Jadi untuk Kerajaan Madani tidak akan ada sekolah ataupun SJKT yang ditutup.
00:53Fadlina berkata keperlembagaian sistem pendidikan negara yang merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan China dan SJKT merupakan satu kekuatan dalam
01:02masyarakat majmuk Malaysia.
01:04Sehubungan itu semua murid tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang perlu diberikan akses kepada pendidikan berkualiti.
01:10Dalam hari itu, beliau turut memaklumkan Kerajaan sedang melaksanakan projek-projek khas bernilai RM30 juta di beberapa negeri termasuk Johor,
01:18Perak dan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada komitmen memperkukuh kemudahan pendidikan.
01:23Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan surat setuju terima bagi pembinaan SJKT Sungai Bakar Pulau Pinang pada Ahad.
01:30Terima kasih kerana menonton!