Skip to playerSkip to main content
Malaysia mempunyai kira-kira 27 tahun untuk membuat persiapan menghadapi status negara tua menjelang 2048, tempoh peralihan yang lebih pantas berbanding beberapa negara maju, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Rangka tindakan penuaan kebangsaan ataupun NAB 2045 kini sedang melalui proses pertimbangan kerajaan.
00:10Kertas putih persiapan menuju negara tua bersama rangka tindakan ini dirancang untuk dibentangkan di Dewan Rakyat setelah mendapat Persetuan Jemaah
00:19Menteri.
00:20Sasaran kita adalah untuk dibentangkan dalam sidang kali ini.
00:24Untuk makluman Ali yang berhormat sebagai latar belakang, Malaysia telah mencapai negara menua statusnya pada tahun 2021 apabila penduduk berumur
00:3565 tahun dan ke atas mencapai 7% daripada jumlah populasi negara.
00:42Dan berdasarkan unjuran semasa, Malaysia akan mencapai status negara tua pada 2048 apabila peratusan tersebut meningkat kepada 14% dan
00:54negara sangat tua sekitar tahun 2060 apabila mencapai 20%.
01:00Peralihan Malaysia daripada negara menua ke negara tua mengambil masa sekitar jangkaannya 27 tahun daripada 21 sehingga 2048.
01:11Jadi sebagai perbandingan, peralihan yang sama mengambil masa 115 tahun untuk negara Perancis, 73 tahun di Australia dan juga 69
01:22tahun di Amerika Syarikat.
01:24Dan Malaysia juga, bila kita menghadapi penuaan juga, kita tahu bahawa tahap pendapatannya lebih rendah berbanding dengan negara maju ketika
01:34melalui peralihan tersebut.
01:36Keadaan ini memberikan ruang masa yang lebih terhad untuk kita perkukuhkan kesiap siagaan negara.
01:41Perubahan demografi ini juga mewujudkan beberapa cabaran utama seperti pertumbuhan tenaga kerja yang semakin perlahan, ketidakcukupan simpanan pesaraan serta peningkatan
01:54keperluan kesihatan dan penjagaan.
01:56Perubahan struktur keluarga turut mempengaruhi sokongan kepada golongan buksia.
02:01Jadi cabaran ini kita perlu tangani dengan sebaik mungkin untuk kekalkan produktiviti dan kemampanan fiskal.
02:09Jadi semuanya apa itulah NAB 2045 ini kita bangunkan.

Recommended