00:00Bagi persoalan yang kedua, kerajaan turut mengiktiraf potensi silver economy sebagai sumber pertumbuhan baru melalui produk dan juga perkhidmatan yang
00:10memenuhi keperluan masyarakat menua.
00:12Pengukuran sumbangannya kepada keluaran dalam negara kasar ataupun KDNK memerlukan takrif, skop dan juga kaedah statistik yang konsisten kerana aktiviti
00:25tersebut merentas pelbagai sektor.
00:27Sehubungan itu, pembangunan indikator khusus akan diteliti bersama dengan agensi berkaitan termasuk Jabatan Perangkaan Malaysia.
00:37Penelitian ini penting sebelum angka asas dan sasaran ditetapkan supaya sumbangan silver economy dapat diukur dengan tepat serta digunakan untuk
00:47menilai perkembangannya dari semasa ke semasa.