Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Tentera Amerika Syarikat memaklumkan sebanyak 92 kapal dagang telah dilencongkan, tiga dilumpuhkan dan dua diperiksa dalam operasi penguatkuasaan sekatan maritim terhadap Iran. Perkembangan itu berlaku ketika ketegangan antara Washington dan Tehran terus berlarutan meskipun memorandum persefahaman ditandatangani pada Jun lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tentera Amerika Syarikat mengesahkan telah melencongkan 92 kapal dagang sebagai sebahagian daripada operasi pengatkuasaan sekatan maritim terhadap Iran.
00:10Menurut Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat, Sankom, tentera Amerika Syarikat turut melumpuhkan 3 kapal dan menaiki 2 kapal setakat 6
00:19September bagi tujuan pemeriksaan.
00:22Menurut Sankom, sebuah pesawat pejuang siluman F-35A turut melakukan rondaan di kawasan perairan berkenaan.
00:30Kehadiran aset ketenteraan itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh penguatkuasaan dan keselamatan maritim.
00:36Konflik antara Iran dan Amerika Syarikat berterusan sejak serangan yang dilancarkan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada Februari
00:43lalu.
00:44Teheran kemudian melancarkan tindak balas terhadap beberapa sasaran Amerika Syarikat di rantau itu.
00:50Walaupun kedua-dua negara mendandatangani Memorandum Persafahaman pada Jun lalu bagi menamatkan permusuhan, ketegangan terus berlaku.
00:58Susulan pertikaian berhubung sekatan dan pelayaran di Selat Hormus.
01:04Terima kasih.
Comments

Recommended