Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Bahasa etnik di Sabah masih mempunyai penutur aktif, namun proses pewarisannya semakin lemah apabila generasi muda tidak lagi menuturkan bahasa ibunda dalam kehidupan harian. Pakar sosiolinguistik UMS, Dr Mohamad Johar Harun berkata cabaran utama kini ialah memastikan bahasa terus diwariskan kepada generasi akan datang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ancaman terhadap bahasa etnik di Sabah bukan lagi soal jumlah penutur yang semakin berkurangan.
00:07Isunya ialah apabila generasi muda hanya memahami bahasa ibunda tanpa lagi menggunakannya dalam kehidupan harian.
00:14Menurut pensyarah kanan, Institut Kajian Orang Asal Borneo, Universiti Malaysia Sabah, Dr. Mohd Johar Harun,
00:21keadaan itu boleh melemahkan proses pewarisan bahasa kepada generasi akan datang.
00:27Kita bukan melihat persoalan yang penting di sini adalah bukan berapa banyak bahasa etnik yang kita ada di Sabah khususnya.
00:35Tapi persoalan utama ialah siapa yang akan menuturkan bahasa-bahasa ini dalam tempoh 10, 20 ataupun 30 tahun daripada sekarang.
00:45Kena kita bukan perlu menghitung berapa ramai yang mampu menutur pada masa kini, tetapi bagaimana melestarikan bahasa.
00:52Menurut beliau, kebanyakan bahasa etnik di Sabah masih mempunyai komuniti penutur aktif dan belum berada pada tahap pupus.
00:59Namun cabaran utama yang dikenalpasti ketika ini ialah peralihan penggunaan bahasa.
01:04Apabila generasi muda lebih cenderung menggunakan bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau dialect Melayu Sabah dalam urusan harian.
01:11Keadaan itu menyebabkan bahasa ibunda semakin kurang digunakan di rumah sekaligus menjejaskan proses pemindahan bahasa daripada generasi lama kepada generasi
01:19muda.
01:19Yang membimbangkan bukan semata-mata jumlah penutur, macam saya kena tekankan sebentar tadi.
01:25Tetapi siapa yang menuturkan?
01:27Kalau menceriti penutur aktif ialah generasi datuk nenek, iaitu generasi lama, sedangkan anak-anak ataupun generasi muda ini hanya memahami,
01:36tetapi tidak lagi bercakap, maka proses perwarisan bahasa itu sedang semakin melemah ataupun berlaku yang penerungan keberdayaan bahasa itu sendiri.
01:45Beliau berkata, usaha memelihara bahasa tidak boleh bergantung kepada dokumentasi semata-mata,
01:51sebaliknya perlu disokong melalui penggunaan aktif dalam keluarga dan komuniti agar bahasa ibunda terus hidup serta diwariskan kepada generasi akan
01:59datang.
01:59Terima kasih telah menonton!
02:01Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended