00:00Press Rempas Hadi Awang menyatakan perkara sebenar berhubung pertemuan pada 2014 bersama Wakil Kedutaan Amerika Syarikat, namun perbualan biasa sedemikian
00:11tidak dianggap sebagai campur tangan asing, kata bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Nazri Aziz.
00:18Nazri yang berkhidmat sebagai Duta Ke Amerika Syarikat dari Februari 2023 hingga Februari 2025 berkata diplomat asing dan kumpulan masyarakat
00:28sivil lazimnya mengadakan pertemuan dengan pemimpin pembangkang bagi memahami linskip politik tempatan.
00:35Beliau berkata sekiranya ada pihak yang cuba mencampuri urusan domestik, ia kebiasaannya membabitkan NGO, bukannya kedutaan.
00:43Beliau berpandangan NGO asing mungkin pernah pada satu ketika menganggap bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang autoritarian, lantas
00:54mendorong mereka mendekati tokoh pembangkang berhubung pembaharuan demokrasi dan perubahan politik.
01:01Kenyataan Nazri itu menyusuli penafian pihak kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa ia pernah menawarkan bantuan untuk menggulingkan kerajaan
01:10semasa lawatan bekas Presiden Barack Obama pada 2014.
Comments