Skip to playerSkip to main content
Seorang peniaga dalam talian yang juga orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Syariah Kota Bharu pada Selasa atas kesalahan lelaki berlagak seperti wanita di pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) pada November lalu.

Tertuduh, Khairul Izwan Sidi Ahmad, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 19(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Firdaus W Ibrahim.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795322/edisi/kelantan/peniaga-oku-lelaki-didakwa-berlagak-berpakaian-wanita-di-pejabat-agama

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #lelakiberpakaianwanita

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang peniaga dalam talian yang juga orang kurang upaya OKU, masalah pembelajaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Syariah Kota Baru
00:09pada Selasa atas kesalahan lelaki berlagak seperti wanita di Pejabat-Jabatan Har Ewa Agama Islam Negeri Kelantan pada November lalu.
00:17Tertuduh Khairul Izuwan Sidi Ahmad, 25 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 19-1 Enakmen Kalunjana Syariah 1
00:28-2019 dibacakan di hadapan Hakim Syari'i Wan Muhammad Firdaus Wan Ibrahim.
00:34Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan belagak seperti perempuan iaitu berpakaian baju ti, baju slim fit seluar dalam wanita
00:43dan berselipa perempuan.
00:44Perbuatan itu dilakukan di bahagian Penguatkuasaan Agama, Jabatan Har Ewa Agama Islam Negeri Kelantan kira-kira jam 2.35 petang
00:53pada 9 November 2025.
00:56Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 19-1 Enakmen Kanunjana Syariah 1-2019 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau
01:06pencara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
01:11Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syari'i Kelantan Syafiqah Mahusin dibantu Ezari Hanmat.
01:18Ketuduh pula diwakili Peguang Syari'i Muhammad Syarafi Muhammad Saleh dan Muhammad Fakuruddin Muhammad Nasir.
01:25Terdahulu Syafiqah mencadangkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin.
01:29Muhammad Syarafi dalam rayuannya memohon jumlah tersebut dikurangkan kepada RM500 dengan mengambil kira faktor anak guamnya merupakan OKU serta penyumbang
01:39terbesar untuk membayar komitmen keluarga.
01:42Menurutnya, tertuduh merupakan seorang OKU dan mereka mempunyai maklumat mengenai status tersebut selain perlu menanggung bid elektrik tidak mengkeluarga sebanyak
01:51lebih RM400 sekaligus menjadi komitmen bulanannya.
01:54Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 1 Dezember depan untuk sebutan semula kes.
02:02Sementara itu, Muhammad Syarafi ketika ditemui pemberita di Perkarangan Mahkamah Rendah Syari'i Kuata Baru berkata anak guamnya membayar ikat
02:10jamin yang ditetapkan oleh mahkamah.
02:24Terima kasih telah menonton!

Recommended