Skip to playerSkip to main content
Rakan sekelas didakwa bunuh Irene Sofiya

Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Khamis, atas pertuduhan membunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, awal bulan ini.

Prosiding pertuduhan terhadap tertuduh dijalankan secara tertutup di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno berikutan kes membabitkan pesalah bawah umur.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800531/berita/semasa/rakan-sekelas-didakwa-bunuh-irene-sofiya

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #IreneSofiya

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pelajar lelaki tingkatan 4 dihadapkan ke Mahkamah Magistrat Batu Pahat pada Kamis
00:05atas pertuduhan membunuh Irene Sofia Muhammad Khairul Faisal, 16 tahun,
00:11di sebuah sekolah menengah di Yongpeng awal bulan ini.
00:14Proseding pertuduhan terhadap tertuduh dijalankan secara tertutup di hadapan Magistrat Mustakim Sukarno
00:20berikutan kes membabitkan pesalah bawah umur.
00:24Tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Irene Sofia
00:28di Dewan Sebuah Sekolah Menengah di Yongpeng antara jam 2.30 petang hingga 4 petang pada 3 Oktober lalu.
00:35Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan Akta 574
00:41yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.
00:48Pengamal media yang berada di perkarangan mahkamah sejak jam 8 pagi
00:51difahamkan tertuduh tiba ke mahkamah seawal jam 7 pagi
00:55dan dilihat beredar kira-kira jam 9.30 pagi selepas proseding selesai.
01:01Sementara itu, Peguam Mohamad Azlan yang ditemui di luar kamar mahkamah memberitahu
01:06mahkamah menetapkan 22 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes
01:11bagi mendapatkan laporan forensik dan bedah siasat.
01:14Pertuduhan terhadap sini kalau kita pertuduhkan dengan Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
01:21Dalam kes ini, mahkamah dah tetapkan tarikh yang akan datang untuk laporan forensik dan post-mortem
01:2822 hari bulan Disember 2026 di Mahkamah Majlisik Yongpeng.
01:33Okay, so mahkamah tadi memang dia jadangkan secara hingga kamera tertutup sebab menyebabkan penama kanak-kanak.
01:43Dan setakat ini, itulah lah cerita dia sampai next date untuk sebutan saja.
01:49Bila habis sebutan, nanti mereka akan pindahkan kes ini ke mahkamah tinggi lah.
01:52Terima kasih kerana menonton!

Recommended