00:00Seorang bekas pemain bola sepak didakwa di Mahkamah Magistret Alus Setar atas pertuduhan mengedar dadah jeniskan nabis atau ganja seberat
00:0872 kg pada September lalu.
00:11Tertuduh Muhammad Faiz Nazri, 26 tahun, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Eliana Ismail pada selasa.
00:20Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang pernah beraksi bersama pasukan Piala Presiden sesebuah negeri kerana kes tersebut berada di
00:29bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:32Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jeniskan nabis seberat 72 kg di tepi jalan selepas Plaza Tol Alus Setar
00:41Selatan kira-kira jam 6.30 petang pada 24 September lalu.
00:45Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B-1-A Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B-2 Akta
00:58Sama.
00:58Mahkamah tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 2 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.