Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Kehadiran Nazir adalah untuk menerima notis pengisytiharaan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 manakala isteri dan pembantunya dirakam percakapan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin bersama isteri dan pembantu dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM pada Rabu
00:09bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dan salah guna kedudukan dalam urusan pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta.
00:21Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata kehadiran bekas pengurusi Yayasan Bank Rakyat itu adalah bagi menerima notis
00:29pengisytiharan harta
00:30mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 manakala isteri dan pembantunya dirakam percakapan.
00:37Bagaimanapun Nazir Hussin enggan menerima notis tersebut dengan alasan beliau sudah memfailkan permohonan injangsi
00:44di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa bagi menghalang pelaksanaan arahan mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.
00:53Difahamkan mereka tiba di ibu pejabat SPRM Putrajaya sekitar jam 11 pagi Rabu
00:58namun isteri Nazir Hussin yang hadir bersama pembantunya telah dilepaskan pada jam 1.15 tengah hari
01:05selepas dirakam percakapan selama 30 minit.

Recommended