Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kerajaan tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang berhubung pembatalan perolehan sistem peluru berpandu antikapal (NSM) bernilai tinggi, sekiranya rundingan dengan pihak berkaitan menemui jalan buntu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang berhubung pembatalan perolehan sistem peluru berpandu antikapal NSM bernilai tinggi.
00:09Sekiranya rundingan dengan pihak berkaitan menemui jalan buntu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mamad Khalid Nordin berkata,
00:17kerajaan bagaimanapun masih memberi ruang kepada proses rundingan sebelum mempertimbangkan tindakan lanjut,
00:23termasuk memfalkan saman atau membawa pertikaian itu ke proses timbang tara.
00:30Sekarang tengah runding lagi, kalau kita tak boleh mencapai apa-apa persefahaman,
00:39maka kita akan rujuk supaya kita akan mulakan tindakan saman ataupun arbitration dan sebagainya.
00:47MINDEF bersama Kementerian Luar sudah mengambil tindakan susulan,
00:51mengemukakan notis serta surat rasmi kepada Kerajaan Norway berkaitan pendirian tegas Malaysia
00:56mengenai pembatalan perolehan aset pertahanan berkenaan.
01:01Pada Mei lalu, Malaysia menegaskan tetap dengan pendirian meneruskan tindakan undang-undang ke atas syarikat pembekal NSM,
01:09berikutan kegagalan menghantar aset pertahanan berkuasa tinggi itu.
01:14Isu timbul selepas Kerajaan Norway secara mengejut membatalkan lesen ekspor ke atas Malaysia
01:19dengan alasan melindungi keselamatan negara itu.

Recommended