• 5 weeks ago
Penggubalan RUU ini bertujuan mewujudkan kerangka perundangan yang lebih komprehensif, seiring dengan perkembangan pesat ekonomi digital serta cabaran transaksi dalam talian yang semakin kompleks.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup KPDN menggariskan empat fokus utama sebagai teras kepada pengumbalan rang undang-undang RUU
00:08Baharu berkaitan e-dagang.
00:11Perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat jawatan kuasa pemandu yang dipenguruskan Menteri KPDN, Datuk Armizan Muhammad Ali Paderabu.
00:18Ia sesulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2027 yang menyentuh komitmen kerajaan untuk memperkenalkan RUU
00:29e-dagang.
00:32KPDN dalam kenyataan yang berkata fokus pertama adalah pelindungan pengguna bagi memastikan hak-hak pengguna sentiasa dilindungi daripada amalan perdagangan
00:42yang tidak saksama.
00:43Ia termasuk memperkukuh mekanisme penguatkuasaan terhadap platform e-dagang rentas sempadan yang menawarkan produk dan perkhidmatan secara terus kepada pengguna
00:53di Malaysia.
00:54Fokus kedua pula tanggungjawab pengendali platform dalam talian vendor dan pengguna dengan menetapkan accountability yang jelas bagi memastikan persekitaran peniagaan
01:03dalam talian yang adil dan saksama.
01:05Ini termasuk memastikan penjual luar negara dan platform yang beroperasi mempunyai tahap tanggungjawab yang bersesuaian khususnya dalam aspek perlindungan pengguna
01:15dan ketelusan transaksi.
01:17Ketiga mekanisme penyelesaian petikaian yang efisien menyediakan ruang penyelesaian isu yang lebih pantas, mudah dan kos efektif bagi semua pihak.
01:27Sementara fokus keempat keselarasan dengan undang-undang model antarabangsa iaitu memastikan undang-undang negara sejajar dengan amalan terbaik global bagi
01:37menyokong perdagangan rentas sempadan.
01:40Jelas armizan penggubalan RUU ini bertujuan mewujudkan kerangka perundangan yang lebih komprehensif seiring perkembangan pesat ekonomi digital serta cabaran transaksi
01:51dalam talian yang semakin kompleks.
01:53Melalui penggubalan RUU e-dagang ini antara perkara utama yang diberi perhatian ialah cadangan memperkenalkan rejim pelesinan bagi pengendali platform
02:04e-dagang termasuk platform yang beroperasi dari luar negara tetapi menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di Malaysia.
02:12Langkah ini bertujuan memperkukuh akontabiliti platform memastikan pematuhan terhadap undang-undang negara serta mewujudkan ekosistem e-dagang yang lebih selamat,
02:22telus dan bertanggungjawab.
02:23Terima kasih.

Recommended