00:00Penyertaan Malaysia dalam mekerjasama ekonomi Asia Pasifik APEC memberi peluang strategik kepada negara untuk menarik pelaburan langsung asing FDI selain
00:09memperluas hubungan perdagangan dengan ekonomi utama dunia.
00:12Pengarah Institut Kajian Indonesia Thailand dan Singapura Universiti Utara Malaysia UUM Dr. Mat Syukri Syuak berkata kepentingan APEC terletak pada
00:21keupayaannya menghimpunkan 21 ekonomi yang mewakili kira-kira 3 bilion penduduk dunia serta lebih 61% daripada keluaran dalam negara
00:30kasar KDNK Global.
00:33Beliau berkata gabungan ekonomi berkenaan turut mewakili nilai perdagangan kira-kira 61 triliun dolar Amerika sekaligus menjadikan APEC platform penting
00:43untuk Malaysia memasarkan potensi ekonomi negara kepada pelabur antarabangsa.
00:47Jadi dalam konteks ini kita melihat Lautan Atlantik mempunyai banyak negara-negara kuasa besar termasuk kalau kita lihat Amerika Syarikat
00:57itu sendiri yang mana California yang menjadi nadi satu-satu negeri atau wilayah di Amerika Syarikat itu yang mengadap apa
01:05nama lautan Pasifik.
01:08Apa nama keupayaan ekonomi sangat tinggi bagi Amerika Syarikat itu sendiri.
01:14Sudah tentu signifikan kepada kita dengan riset center yang banyak di California itu dan kita melihat juga bagaimana negara-negara
01:22seperti Cina, Jepun dan Korea Selatan itu sendiri.
01:26Serta kalau kita lihat apa nama penglibatan Asia Timur, rantau Asia Timur iaitu Jepun, Korea Selatan dan juga Cina itu
01:35sangat signifikan dan diperlukan dalam masa sekarang ini.
01:39Beliau berkata hubungan ekonomi Malaysia dengan Amerika Syarikat juga signifikan khususnya dalam meneroka peluang kerjasama penyelidikan dan pembangunan R&D
01:48termasuk menerusi pusat penyelidikan yang banyak terdapat di California.
01:53Setelah itu, Cina, Jepun dan Korea Selatan turut menjadi antara rakan ekonomi penting memandangkan penglibatan negara Asia Timur berkenaan diperlukan
02:02dalam lanskap ekonomi semasa.
02:04Menurutnya, Cina khususnya mempunyai peranan penting dalam rantaian bekalan global menerusi keupayaan tenaga buruh yang kompetitif dari segi kos sekaligus
02:13menyokong pengeluaran pelbagai produk termasuk komputer riba serta barangan yang dipasarkan secara dalam talian.
02:20Beliau berkata Malaysia juga boleh meneroka potensi kerjasama dengan negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat selain memanfaatkan perkembangan ekonomi
02:29negara-negara anggota APEC.