00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda bersama saya, Sandhaya, dan ini Buletin Awali.
00:05Mahkamah Magistret Sungai Petani memerintahkan seorang penghuni pusat jagaan yang didakwa membunuh rakannya.
00:12Mendapatkan rawatan psikoteri sebelum perbicaraan dimulakan.
00:16Magistret Nur Fazlina Musa membenarkan tertuduh Ridwan Mat, 51 tahun,
00:21mendapatkan rawatan di Hospital Bahagia Tanjur Rambutan, Ulu Kinta, Perak,
00:25seperti permohonan timbalan pendawaraya Adlin Sufiah Kamaruzaman.
00:32Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Muhammad Zulkifli Zainuddin, 42 tahun,
00:38semasa berada di pusat jagaan terbabit di Taman Kempas pada jam lebih kurang 5.15 hingga 5.30 petang 9
00:44November lalu.
00:45Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
00:53Jika sambit kesalahan, hendaklah dihukum gantung sampai mati atau penjara minimum 30 hingga maksimum 40 tahun
01:00dan jika tidak dikenakan hukuman gantung, boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 sebatan.
01:07Mahkamah kemudian memutuskan tidak membenarkan jaminan ke atas tertuduh.
01:11Mahkamah kemudian menetapkan 1 Februari 2027 sebagai sebutan semula kes
01:16bagi mendapatkan laporan perubatan, bedah siasat, kimia dan forensik.
01:21Media sebelum ini melaporkan seorang penghuni pusat jagaan dikatakan menghidap skizofrenia
01:26ditemukan meninggal dunia dipercayai dibunuh semasa berada di premis berkenaan.
01:37Terima kasih.
01:40Terima kasih.