• 12 minutes ago
Lebih 551,000 calon mendaftar untuk menduduki CSAT di Korea Selatan. Kawalan diperketat bagi mengesan kamera tersembunyi dan peranti pintar, manakala penerbangan dihentikan sementara ketika ujian mendengar bahasa Inggeris.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Korea Selatan memperketat kawalan bagi mengesan penipuan menggunakan peranti pintar dan kecerdasan buatan AI dalam peperiksaan kemasukan Universiti Tahunannya pada
00:10Khamis.
00:11Seramai 551,864 calon mendaftar untuk menduduki College Scholarship Ability Test atau CSAT di 1,312 pusat peperiksaan seluruh negara.
00:25Kira-kira 75,000 pengawas dan 8,400 petugas tambahan ditempatkan bagi memantau pelaksanaannya.
00:31Antara langkah pencegahan ialah pemeriksaan cermin mata calon untuk mengesan kamera tersembunyi.
00:37Pelekat turut diedarkan untuk menutup butang pakaian bagi menghalang penggunaan kamera bersaiz kecil.
00:42Pihak berkuasa juga akan menghantar dua mesej amaran bencana yang mengeluarkan bunyi kuat walaupun telefon dalam mood senyap.
00:48Langkah itu bertujuan mengesan telefon yang tidak diserahkan oleh calon.
00:51Kawalan diperketat selepas calon dengan markah tertinggi dalam peperiksaan kelayakan akauntan cukai bertahuliah tahun ini mengaku menipu dengan bantuan AI
01:00dan peranti digital.
01:02Kerajaan turut mengusahakan larangan menduduki semula CSAT selama 10 tahun terhadap calon yang menipu selain menawarkan ganjaran sehingga 100 juta
01:10won kepada individu yang melaporkan salah laku.
01:12Bagi memastikan suasana tenang ketika ujian mendengar bahasa Inggeris, semua pesawat dilarang berlepas dan mendarat di seluruh negara dari jam
01:201.05 hingga 1.40 tengah hari waktu tempatan.
01:24Di Seoul, perkhidmatan tren bawah tanah ditambah sebanyak 27 perjalanan.
01:28Pasaran saham pula memulakan dan menamatkan dagangan sejam lebih lewat bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu pagi.
01:35CSAT dianggap antara peperiksaan terpenting di Korea Selatan kerana pemilihan universiti boleh mempengaruhi prospek kerjaya pelajar.
01:42CSAT dianggap antara peperiksaan terpenting di Korea Selatan kerana pemilihan universiti boleh mempengaruhi prospek kerjaya pelajar.

Recommended