• 7 minutes ago
HPUSM memaklumkan pembedahan pendermaan organ dimulakan selepas seorang mangsa kemalangan disahkan mengalami kematian otak. Lampu hijau dinyalakan di bangunan hospital sebagai penghormatan kepada penderma dan keluarganya.
Transcript
00:00Seorang lelaki berusia 23 tahun menjadi penderma organ selepas disahkan mengalami kematian otak akibat kecederaan serius dalam kemalangan jalan raya.
00:10Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia HPUSM memaklumkan pembedahan pendermaan organ dimulakan pada tengah malam Kamis lepas mendapat persetujuan penuh keluarga.
00:22Menurut kenyataan hospital, pengesahan kematian otak dilakukan pakar anestesiologi dan pakar neurosurgery mengikut protokol perubatan yang ditetapkan.
00:32Proses pendermaan itu melibatkan kerjasama pasukan pakar HPUSM, unit perolehan organ Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Pusat Transplant Nasional.
00:42Pihak hospital merakamkan takziah serta penghargaan kepada keluarga penderma atas keikhlasan dan keberanian mereka membuat keputusan itu.
00:49Menurut HPUSM, pendermaan berkenaan berpotensi memberikan peluang kehidupan baru kepada pesakit yang menunggu pemindahan organ.
00:57Sebagai penghormatan kepada penderma dan keluarganya, lampu hijau dinyalakan di bangunan hospital sebagai simbolik pembedahan pendermaan organ sedang berlangsung.
01:06Inisiatif itu turut menyokong kempen kesedaran pendermaan organ kebangsaan dan memperingati jasa penderma yang disifatkan sebagai wira tidak didendang.

Recommended