• 4 minutes ago
Lebih 100,000 anggota daripada agensi tindak balas dan teknikal digerakkan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini dan tahun hadapan, dengan sokongan hampir 2,500 bot serta pelbagai aset operasi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lebih 100,000 anggota daripada agensi tidak balas dan teknikal digerakkan bagi menghadapi monsoon Timur Laut MTL tahun ini dan
00:08tahun hadapan.
00:09Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesiap siagaan itu turut disokong pelbagai aset dan peralatan operasi termasuk
00:17hampir 2,500 bot, lebih 2,000 kenderaan pacuan empat roda serta lebih 1,100 lori.
00:27Selain itu, 28 pesawat udara dan lebih 35,000 jaket keselamatan turut disediakan bagi memastikan kelancaran operasi menyelamat dan bantuan
00:36kepada mangsa banjir.
00:37Dari segi sumber manusia, seramai lebih 100,000 orang anggota daripada agensi tindak balas dan agensi teknikal telah pun digerak
00:47atur bagi menghadapi MTL ini.
00:50dan kekuatan ini turut disokong dengan pelbagai aset dan juga peralatan operasi antaranya hampir 2,500 buah bot, lebih daripada
01:012,000 kenderaan pacuan empat roda atau 4x4, lebih daripada 1,100 buah lori, 28 pesawat udara dan lebih 35
01:12,000 unit jaket keselamatan.
01:14Dalam pada itu, kerajaan turut mengenalpasti 3,045 lokasi hotspot banjir serta 31 kawasan berisiko tanah runtuh bagi memperkukuh pemantauan
01:24dan kesiapsiagaan menghadapi bencana.
01:27Bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lebih menyeluruh, sebanyak 159 pertubuhan bukan kerajaan NGO turut disiapsiagakan untuk membantu mangsa banjir
01:37di seluruh negara.
01:39Untuk perlibatan NGO, kita telah memobilisasikan banyak NGO iaitu sekarang ini 159 NGO yang telah disiapsiagakan untuk diatur gerak bagi
01:53membantu mangsa banjir di seluruh negara.
01:56Kerajaan turut memperkukuh kesiapsiagaan menerusi penyediaan sistem amaran awal banjir serta pemantauan berterusan bagi memastikan tindakan segera dapat diambil sekiranya
02:05berlaku bencana.
02:09Terima kasih telah menonton!

Recommended