00:00Penggunaan kereta sorong bayi dibenarkan di kawasan tertentu di Masjidil Haram, Mekah menerusi pintu masuk dan laluan yang ditetapkan.
00:08Pihak berkuasa arm bagi hal ihwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi memaklumkan kawasan yang dibenarkan meliputi tingkat 1, bumbung dan
00:18kawasan peluasan ketiga Saudi.
00:20Laluan masuk pula ialah jambatan air jai, lift Rajafat, lift Al-Arkham, pintu masuk jambatan Al-Arkham serta semua pintu
00:29masuk di kawasan peluasan ketiga Saudi.
00:32Langkah itu bertujuan memudahkan keluarga menyunaikan ibadah di samping menjaga keselesaan dan keselamatan jemaah serta pengunjung.
00:39Penggunaan laluan khas juga bertujuan melancarkan pergerakan dan mengurangkan kesesakan antara perjalan kaki dengan pengguna kereta sorong bayi.
00:47Inisiatif itu sebahagian daripada usaha menambah baik kemudahan dan pengurusan pengunjung di Masjidil Haram selaras dengan wawasan Saudi 2030.
00:56Pihak berkuasa turut menambah baik pengurusan orang ramai dan akses ke Masjidil Haram bagi menampung peningkatan jumlah pengunjung sepanjang tahun.