• 7 minutes ago
Satu iklan pelaburan yang kelihatan meyakinkan boleh menjadi permulaan kepada penipuan digital. Namun, apabila penipuan melibatkan pelbagai platform dan sistem, siapa sebenarnya bertanggungjawab menghalangnya sebelum wang mangsa lesap?

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bagi seorang pengguna sedang melayar di media sosial dan ternampak iklan pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam masa yang singkat.
00:09Jadi iklan tersebut kelihatan sangat meyakinkan. Ada gambar individu terkenal, testimoni pelanggan yang meyakinkan dan mungkin juga logo sebuah institusi
00:21kewangan.
00:22Jadi pengguna akan otomatik menekan iklan tersebut.
00:27The moment pengguna klik iklan tersebut, ia akan dibawa ke platform seperti WhatsApp, Telegram, di mana tempat seseorang itu menyamar
00:43sebagai penasihat pelaburan dan mula berkomunikasi.
00:48Jadi akhirnya pengguna diminta untuk memindahkan wang ke dalam bank tersebut.
00:54Jadi saya melihat ini melibatkan tiga peringkat. Yang pertama adalah platform digital, di mana di sinilah bermulanya penjenayah tersebut mencari
01:06mangsa.
01:07Melalui iklan-iklan dan juga kandungan palsu yang cukup meyakinkan.
01:12Peringkat kedua ialah saluran komunikasi, iaitu contohnya WhatsApp dan Telegram tadi di mana penjenayah mula membina kepercayaan, memberikan maklumat palsu
01:22dan juga mempengaruhi keputusan mangsa.
01:25Dan peringkat ketiga ialah sistem perbankan, di mana di sinilah akhirnya wang itu akan dipindahkan.
01:32Jadi persoalannya siapa yang sepatutnya menghentikan penipuan ini, di peringkat mana sepatutnya.
01:38Jadi kalau kita melihat secara asasnya, the gatekeeper-nya adalah platform digital.
01:43Di mana platform inilah sepatutnya boleh menghalang iklan penipuan yang boleh sampai kepada pengguna.
01:53Seterusnya penyediaan perkhidmatan komunikasi untuk memastikan tidak dapat mengesan atau menangani penyalahgunaan saluran tersebut.
02:04Dan yang ketiga adalah bank itu sendiri yang memastikan dapat mengenalpasti transaksi yang menunjukkan tanda-tanda penipuan.

Recommended