00:00Platform digital perlu memainkan peranan sebagai benteng pertama dalam membendung penipuan dalam talian sebelum mangsa diperdaya sehingga melakukan pemindahan wang
00:10melalui sistem perbankan.
00:12Prof. Rangkaian Komputer dan Keselamatan Cyber, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putera Malaysia UPM, Prof. Teknologis Dr. Zuryati
00:22Ahmad Zulkarnain berkata, penipuan digital melibatkan pelbagai sistem dan penyedia perbankan.
00:28Justeru, usaha pencegahan tidak boleh bergantung kepada institusi keuangan semata-mata.
00:36Sebagai seorang pengguna, sedang melayari media sosial dan ternampak iklan pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam masa yang singkat.
00:46Jadi iklan tersebut kelihatan sangat meyakinkan. Ada gambar individu terkenal, testimoni pelanggan yang meyakinkan dan mungkin juga logo
00:57sesebuah institusi keuangan. Jadi pengguna akan otomatik menekan iklan tersebut.
01:05The moment pengguna klik iklan tersebut, ia akan dibawa ke platform seperti WhatsApp dan juga Telegram.
01:15di mana tempat seseorang itu menyamar sebagai penasihat pelaburan yang mula berkomunikasi.
01:25Jadi akhirnya pengguna diminta untuk memindahkan wang ke dalam bank tersebut.
01:31Zuriyati menjelaskan proses penipuan itu melibatkan tiga peringkat utama iaitu platform digital sebagai saluran mencari mangsa,
01:40aplikasi komunikasi untuk membina kepercayaan serta sistem perbankan sebagai medium pemindahan wang.
01:46Beliau berkata platform digital seharusnya memainkan peranan sebagai penjaga pintu pertama gatekeeper dengan menghalang penyebaran iklan penipuan sebelum ia sampai
01:55kepada pengguna.
01:56Penyedia perkhidmatan komunikasi pula perlu mengesan dan menanggani penyalahgunaan saluran mereka
02:02manakala institusi perbankan bertanggungjawab mengenalpasti transaksi yang menunjukkan tanda-tanda penipuan.
02:09Beliau berkata demikian dalam program niaga awani pada Khamis.