• 4 minutes ago
Presiden China, Xi Jinping mengumumkan beberapa langkah baharu bagi memperkukuh kerjasama serantau Asia Pasifik secara berterusan.
Transcript
00:00Presiden China Xi Jinping mengumumkan beberapa inisiatif baru bagi memperkukuh kerjasama ekonomi dan juga pembangunan serangtau Asia Pasifik menerusi platform
00:09kerjasama ekonomi Asia Pasifik atau APEC.
00:12Antaranya China akan menyalurkan dana sebanyak 20 juta dolar Amerika bagi menyokong pelaksanaan pelbagai program dan kerjasama praktikal APEC.
00:22Beliau turut mengumumkan penubuhan pusat kajian komuniti Asia Pasifik di Shenzhen bagi menjalankan penyelidikan dasar, memperluas pertukaran pandangan serta menyediakan
00:33sokongan kepakaran.
00:53Xi Jinping berkata demikian semasa berucap pada mesyuarat pemimpin ekonomi kerjasama ekonomi Asia Pasifik APEC ke-33 di Shenzhen, wilayah
01:03Guangdong pada Khamis.
01:05Selain itu, China akan menubuhkan beberapa institusi kerjasama dalam bidang teknologi digital, aliran data rentas sempadan, tenaga bersih serta pembangunan
01:14perusahaan kecil dan sederhana PKS.
01:16Menurut Xi Jinping, inisiatif berkenaan bertujuan menyokong pertumbuhan berasaskan inovasi dan pembangunan hijau di rantau Asia Pasifik.
01:25Pada Rabu, Xi Jinping menerusi ucapannya pada sidang kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif CEO APEC 2026 menyeru negara-negara Asia Pasifik
01:34memperkukuh keterbukaan dan kerjasama bagi memastikan rantau itu terus berkembang serta menikmati kemakmuran bersama.
01:41Beliau berkata rantau Asia Pasifik perlu terus menyokong perdagangan dan pelaburan bebas serta terbuka selain memastikan rantaian industri dan bekalan
01:50global kekal stabil dan lancar.

Recommended