• 5 weeks ago
Penghasilan kandungan digital kreatif perlu seiring dengan perlindungan kanak-kanak daripada ancaman jenayah seksual dalam talian.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penghasilan kandungan kreatif dalam platform digital perlu diseimbangkan dengan usaha melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual dalam talian.
00:09Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadil berkata, usaha itu perlu dilaksanakan seiring dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuh ekonomi kreatif negara
00:19menerusi penghasilan kandungan digital berkualiti dan bertanggungjawab.
00:23Menurutnya, tanggungjawab perajaan adalah untuk mengelakkan kanak-kanak daripada menggunakan platform media untuk bercakap dengan orang dewasa yang berkemungkinan memberi
00:33kesan buruk termasuk menjadi mangsa.
00:36Fahmi berkata, kementeriannya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC terus menggalakkan penghasilan kandungan kreatif termasuk menerusi platform digital sebagai
00:47sebahagian usaha memperkukuh ekonomi kreatif negara.
00:50Beliau berkata, majlis ekonomi jingga yang dibentuk untuk mengurus dasar dan meneliti program berkaitan ekonomi kreatif, turut menyokong usaha memperkasa
00:59sektor berkenaan.

Recommended