• 6 minutes ago
FIFA menerima tiga pencalonan bagi pemilihan presidennya pada 2027, dengan penyandang Gianni Infantino bakal dicabar Philippe Diallo dari Perancis dan Kohzo Tashima dari Jepun.
Badan induk bola sepak dunia itu pada Khamis memaklumkan, persatuan anggotanya mengemukakan pencalonan berkenaan susulan pengumuman pemilihan yang dikeluarkan Majlis FIFA pada 29 April.

Category

🗞
News
Transcript
00:00FIFA menerima tiga pencalonan bagi pemilihan Presiden Badan Induk Bola Sepak Dunia itu pada 2027.
00:08Penyandang Gianni Infantino bakal dicabar Presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis, Philippe Tialo, dan Presiden Kohormat Persatuan Bola Sepak Jepun, Kozo
00:17Tashima.
00:19FIFA memaklumkan ketiga-tiga pencalonan kini dalam proses semakan bagi menentukan kelayakan calon.
00:26Senarai calon yang layak bertanding akan diumumkan selewat-lewatnya pada 18 Februari 2027.
00:33Pemilihan di jadual berlangsung pada 18 Mac tahun depan, sepenuh Kongres FIFA ke-77 di Maghribi.
00:40Kesemua 211 persatuan anggota FIFA mempunyai hak mengundi.
00:45Infantino yang memegang jawatan itu sejak Februari 2016 mahu mempertahankan jawatan bagi penggal empat tahun lagi.
00:52Pemenang pemilihan akan menerajui FIFA sehingga 2031.

Recommended