Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menegaskan bahawa adat tidak boleh dipertahankan dengan melanggar aturan adat itu sendiri, khususnya dalam menangani sebarang pertikaian berkaitan kedudukan dan pewarisan takhta.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhris Tuanku Munawir menegaskan, adat tidak boleh dipertahankan dengan melanggar aturan adat itu
00:09sendiri, khususnya dalam menangani sebarang pertikaian berkaitan kedudukan dan pewarisan takhta.
00:15Baginda bertitah tindakan pihak tertentu yang mencetuskan pertikaian terhadap aturan warisan atas alasan mempertahankan adat, bukan sahaja berisiko menjejaskan kewibawaan
00:28institusi adat dan istana, malah boleh menggugat kestabilan negeri.
00:35Titah itu dizahirkan Tuanku Muhris pada istiadat menghadap bagi menzahirkan kejadian Dato' Azrin Khairi sebagai Undang Luak Jelebu ke-17
00:44yang membawa gelaran Dato' Mendika Menteri Akhirul Zaman di Istana Besar Seri Menanti pada Rabu.
00:50Baginda menegaskan sebarang pertikaian berkaitan kedudukan atau pewarisan takhta perlu diselesaikan berdasarkan adat dan undang-undang yang berkenaan, bukannya didorong
01:02kepentingan atau kehendak pribadi pihak tertentu.
01:05Sebarang pertikaian berkaitan kedudukan atau pewarisan takhta mestilah diselesaikan berdasarkan adat dan undang-undang yang berkenaan, bukannya mengikut kepentingan atau
01:22kehendak pribadi.
01:24Sehubungan itu, pihak-pihak yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini mengambil tindakan sehingga menimbulkan pertikaian terhadap aturan warisan atas alasan
01:39mempertahankan adat, perlu memahami bahawa adat tidak boleh dipertahankan dengan melanggar aturan adat itu sendiri.
01:52Tindakan sedemikian bukan sahaja boleh menjejaskan kewibawaan institusi adat dan istana, malah berisiko menggugat kestabilan negeri.
02:04Dalam istiadat itu, Datuk Azmin Khairi dimahsyurkan sebagai Undang Luak Jelebu ke-17 bagi menggantikan Datuk Ma'ruf Mak Rashad
02:13yang diumumkan telah terlucut mengikut adat dan tradisi luak jelebu berkuat kuasa 31 Mei 2023.

Recommended