00:00Tanusia Ceti, namanya menjadi sebutan baru-baru ini selepas mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi tempat ketiga Miss World 2026.
00:12Di sebalik gaun indah dan mahkota yang disarung, Tanusia yang mesra disapa tanu itu membawa jiwa seorang pendidik yang sentiasa
00:21menebal.
00:22Mengulas mengenai lipatan sejarah baharu yang dilakar itu, Tanusia mengakui perasaannya bercampur baur, antara terkejut dan bersyukur.
00:33Bagi pemegang ijazah sarjana muda pendidikan dalam pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua ini, peluang menjulang nama negara di peringkat
00:42antarabangsa adalah sebuah anugerah yang amat bernilai.
00:46Tak tahu nak rasa macam mana, sejauh ini saya dapat membawa nama negara adalah satu anugerah yang sangat besar.
00:56Sekarang, saya cuma berharap lebih ramai percaya bahawa seorang guru juga mampu bermimpi besar, melangkah jauh dan membawa nama negara
01:06ke pentas dunia, katanya.
01:08Perjuangan tanu menerusi projek kemasyarakatan Be The Change Mind atau Pertubuhan Suara Perubahan Insan Murni membuktikan bahawa platform Ratu Cantik
01:19digunakan sepenuhnya Tanusia untuk memberi impak positif kepada masyarakat.
01:24Dia percaya, setiap perubahan besar dalam hidup sentiasa bermula dengan satu langkah kecil yang berani.
01:33Di balik kejayaan glamour itu, kepribadian Tanusia yang sebenar turut didedahkan menerusi perkongsian rakan pendidik di Instagram.
01:42Sepanjang menjalani latihan praktikal di sebuah sekolah di Syah Alam, dia dikenali sebagai seorang yang sangat merendah diri, berdedikasi dan
01:52memiliki tutur kata yang lembut.
01:54Tanusia yang sangat merendah diri, berikutnya dan memiliki tutur kata yang sangat merendah diri, berikutnya dan memiliki tutur kata yang
01:58sangat merendah diri.